Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Mi Rebus Orang Johor. Tepung Goreng Rangup Kena Ada, Kuah Mesti Pekat Baru Sedap

Published

on

Cara Buat Mi Rebus Orang Johor. Tepung Goreng Rangup Kena Ada, Kuah Mesti Pekat Baru Sedap

Mi rebus Johor memang tak dinafikan cukup sedap. Dapat pula makan di negeri asal memang lah marvellous rasanya, ori.

Lama tak kena mi rebus, jadi kita buat sendiri. Ini pun berguru dengan orang Johor.

Cuma kalau tiada kesempatan nak ke sana, boleh juga buat sendiri hidangan mi rebus ini. Dikongsi oleh Emee Sham boleh ikut cara ini;

Cara Buat Mi Rebus Orang Johor

ARTIKEL LAIN : Tips Masak Mi G0reng Sedap. Bawang Putih Kena Lebih & Tuang Sedikit Bahan Ini

Bahan-bahan :

  • 1 peket mi kuning -dicelur
  • 4 biji keledek -direbus dan dikisar.
  • 1 cawan tauchu -dicuci dan dikisar.
  • 6 ulas bawang putih -dikisar.
  • 3 biji bawang merah -dikisar
  • 1 inci halia -dikisar.
  • 3 batang serai -dititik.
  • 1 inci lengkuas -dititik.
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Udang kering
  • Udang basah kopek kulit -dikisar
  • Garam, gula secukupnya serta minyak untuk menumis.

Bahan pelengkap:

  • Tauhu – digoreng, dipotong kecil
  • Daun sup -dimayang.
  • Bawang goreng.
  • Telur rebus -dibelah dua
  • Lada hijau -dipotong bulat
  • Taugeh -dicelur
  • Limau nipis -dibelah dua

Cara buat untuk kuah :

1. Panaskan minyak dalam periuk.

2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.

4. Masukkan rampah kari kacau rata,

5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar. Selalu tauchu dan keledek yang dikisar telah kita letakkan air untuk senang dikisar, jadi tak payah tambah air supaya kuahnya tak cair.

6. Masukkan garam dan gula dan gaul sebati. Siap dihidangkan.

Bahan tepung rangup:

  • Tepung beras dan tepung gandum
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Bawang besar -didadu
  • Daun bawang -racik halus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat tepung rangup

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Cara menggoreng ada teknik sikit, tuang tepung guna senduk di tepi kuali seperti buat rempeyek
  3. Angkat dan toskan.
  4. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
  5. Masukkan tepung rangup ini dalam mangkuk yang berisi mi, kuah dan bahan hiasan.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Simple Buat Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Sumber: Emee Sham

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending