Connect with us

Tips Dan Petua

Wiper Kereta Kabur Ketika Hujan Ikut Cara Penjagaan Ini Untuk Elak Dari Cepat Rosak

Published

on

Wiper Kereta Kabur Ketika Hujan Ikut Cara Penjagaan Ini Untuk Elak Dari Cepat Rosak

Penjagaan kereta adalah penting begitu juga dengan penjagaan wiper kereta yang merupakan antara aksesori yang terdapat pada setiap kereta.

Ia berfungsi membersihkan kotoran yang terdapat pada cermin kereta dan memastikan kelancaran perjalanan anda terutama dalam cuaca hujan lebat.

Berikut merupakan tips penjagaan wiper bagi mengelakkan kerosakan cermin dan memastikan cermin serta kereta dalam kondisi baik dan selamat untuk pemanduan.

ARTIKEL LAIN : Cara Halau Lalat Paling Berkesan Tanpa Racun Serangga Cepat Dan Mudah

5 TIP PENJAGAAN WIPER KERETA

1. JANGAN GUNAKAN WAKTU KERING

Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan anda menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.

2. BERSIHKAN BILAH WIPER

Anda perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapkannya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan windscreen. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali anda mencuci kereta.

3. PASTIKAN CERMIN HADAPAN BERSIH

Seandainya anda sering dan suka menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.

4. PASTIKAN PENGELAP CERMIN DIPASANGKAN DENGAN SEMPURNA

Bagi yang sering menukar wiper, pastikan pengelap cermin dipasang kemas semula ditempatnya.

Buka penutup skru dan tengok skru di bahagian bawah sebagaimana dalam gambar. Pengelap cermin tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

5. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA

Dicadangkan untuk menukar bilah wiper kereta pada 6 bulan. Jika anda lihat wiper kereta anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri PERANGKAP LALAT Di Rumah. Guna 3 Bahan, Mudah & Berkesan!

Sumber: petuaibu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

5 Petua Mudahkan Daging Cepat Empuk Dan Tidak Liat Ketika Dimasak

Published

on

5 Petua Mudahkan Daging Cepat Empuk Dan Tidak Liat Ketika Dimasak

Masakan berasaskan daging sememangnya menjadi kegemaran ramai. Sama ada dibuat sup, gulai, rendang atau masak kicap, tekstur daging memainkan peranan penting untuk memastikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.

Namun begitu, ramai yang berdepan masalah daging liat walaupun sudah dimasak lama. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan hidangan kurang enak, malah memerlukan masa memasak yang lebih panjang.

Sebenarnya ada beberapa cara mudah yang boleh diamalkan untuk memastikan daging menjadi lebih lembut dan cepat empuk ketika dimasak. Menariknya, petua ini hanya menggunakan bahan yang mudah ditemui di dapur.

1. Potong Daging Melawan Arah Urat

Teknik memotong daging sangat mempengaruhi teksturnya selepas dimasak. Sebelum memotong, perhatikan arah urat pada daging terlebih dahulu.

Potong daging secara melintang atau melawan arah urat supaya serat daging terputus. Cara ini membantu menjadikan daging lebih lembut dan mudah dikunyah selepas dimasak.

2. Lumurkan Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat sering digunakan sebagai salah satu petua untuk melembutkan daging dengan lebih cepat.

Caranya, lumurkan sedikit soda bikarbonat pada permukaan daging dan biarkan seketika sebelum dimasak. Selepas itu, bilas bersih bagi menghilangkan lebihan bahan tersebut.

Kaedah ini membantu mempercepatkan proses daging menjadi empuk tanpa perlu direbus terlalu lama.

3. Rebus Daging Dengan Periuk Bertutup

Semasa merebus daging, pastikan periuk sentiasa bertutup rapat. Teknik ini membantu mengekalkan wap panas di dalam periuk sekali gus mempercepatkan proses melembutkan daging.

Jika perlu, letakkan pemberat kecil pada penutup periuk supaya wap tidak mudah keluar. Dengan cara ini, daging lebih cepat masak dan teksturnya menjadi lebih lembut.

4. Masukkan Buah Kurma Ketika Merebus

Selain menambahkan rasa manis semula jadi pada kuah, buah kurma juga dipercayai membantu melembutkan daging ketika dimasak.

Petua ini sesuai digunakan untuk masakan seperti sup atau rebusan kerana rasa kurma boleh menjadikan kuah lebih sedap dan beraroma.

Tempoh memasak pula bergantung kepada jenis daging dan kuantiti air yang digunakan.

5. Gunakan Hirisan Nanas

Nanas mengandungi enzim semula jadi yang membantu memecahkan serat pada daging. Sebab itu ramai menggunakan hirisan nanas untuk mempercepatkan proses daging menjadi empuk.

Masukkan satu atau dua hirisan nanas ketika merebus daging. Tidak perlu terlalu banyak kerana tekstur nanas yang kuat boleh menyebabkan daging terlalu lembut jika dimasak terlalu lama.

Selain membantu melembutkan daging, nanas juga memberikan rasa lebih enak pada masakan.

Tips Tambahan Supaya Daging Cepat Lembut

  • Gunakan api sederhana ketika merebus daging.
  • Pilih bahagian daging yang sesuai untuk masakan tertentu.
  • Elakkan memasukkan garam terlalu awal kerana ia boleh menyebabkan daging lebih keras.
  • Gunakan periuk tekanan jika mahu menjimatkan masa memasak.

Penutup

Memasak daging sebenarnya tidak sukar jika tahu teknik yang betul. Dengan beberapa petua mudah ini, daging bukan sahaja lebih cepat empuk, malah hasil masakan juga menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Jika anda sering memasak menu berasaskan daging di rumah, bolehlah cuba salah satu daripada cara ini. Mana tahu selepas ini tak perlu lagi risau tentang masalah daging liat ketika makan bersama keluarga.

Continue Reading
Advertisement

Trending