Connect with us

Umum

[VIDEO] “Muka gar4ng tapi takut lori..” – Gelagat kucing takut lori sampah cuit hati ramai

Published

on

[VIDEO] “Muka gar4ng tapi takut lori..” – Gelagat kucing takut lori sampah cuit hati ramai

Kebanyakan kucing yang memiliki bulu berwarna oren ini sering kali dikaitkan dengan perangai nak4l. Kucing yang ramai memanggi nama Si Oyen memang terkenal dengan perangai nak4l dan panjang ak4l.

Kucing yang berbulu warna oren ini mempunyai sifat yang suka memcuba sesuatu di luar kotak iaitu mencuba sesuatu yang tidak digemari oleh kucing yang lain. Selain berwarna oren dan nampak sangat comel bila dipandang.

Lain pula perwatakannya dengan kucing yang berwarna oren ini, rupanya takut akan lori sampah. Sebuah rakaman video telah dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok mengenai kucing yang berwarna oren yang takut bila lori sampah datang.

Reaksi si comel yang berwarna oren dan ada seekor lagi kawannnya iaitu kucing yang lain takut apabila mendengar lori sampah akan datang seakan lawak kerana sempat lagi bersembunyi di bawah kereta kerana ket4kutan. Lawak si oyen ni nampak je g4ngster ni.

VIDEO KLIK DISINI

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata warganet yang tergelak lucu apabila melihat video si oyen takut itu dan ramai juga yang meninggalkan komen yang nampak macho tapi takut lori sampah dan ada juga yang menceritakan situasi yang sama oleh kucing mereka.

Komen Netizen:

Sumber : https://www.tiktok.com/@mishomar21

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending