Connect with us

Umum

(Video) “Ingat Akulah Paling Gngster, Rupanya Ada Lagi Yang Lebih Gngster” Sibuk Jaga ‘Tepi Kain’ Orang, Reaksi Oyen Cuit Hati Ramai

Published

on

(Video) “Ingat Akulah Paling Gngster, Rupanya Ada Lagi Yang Lebih Gngster” Sibuk Jaga ‘Tepi Kain’ Orang, Reaksi Oyen Cuit Hati Ramai

Gelagat kucing terutamanya geng Oyen sememangnya dapat menceriakan hari-hari kita. Oyen terkenal dengan perangai n4kal dan suka membuat perkara yang tidak kita jangka. Kadangkala, perangai mereka juga seperti manusia dan gemar menunjukkan reaksi-reaksi lucu.

Sama juga seperti sebuah video viral ini yang memaparkan gelagat Oyen apabila mendengar tuan rumahnya bergaduh telah mencuit hati ramai.

Mata terus terbeliak lepas dengar bunyi barang pecah

Menerusi perkongsian video daripada @putripitriya, kelihatan kucing itu sedang duduk di atas kotak dalam bilik tuannya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia dilihat terkedu selepas terdengar perg4duhan si tuan rumah bersama suaminya.

Dengan spontan, reaksinya itu dirakam senyap-senyap menunjukkan wajahnya dengan mata terbeliak tidak ubah seperti kecoh ingin tahu apa yang sedang berlaku.

VIDEO KLIK DISINI

“Muka main peranan betul, last-last malas layan tidur lagi baik” – Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi muka Oyen yang melucukan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan main ya Oyen, sibuk je nak tengok orang bergaduh 😛

Sumber: says via celevillage

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Published

on

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.

Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.

Cara buat lala masak pedas yang sedap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar lala
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai -diketuk
  • Sos tiram
  • Serbuk Cukup Rasa

Cara membuat

1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.

2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.

3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.

4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.

5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.

6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.

7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.

Selamat mencuba

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending