Connect with us

Umum

(Video) “Apasal Tak Cakap Mak Kau Kat Rumah..?” Siap ‘Reverse’, Gelagat Oyen Salah Rumah Bikin Dekah

Published

on

(Video) “Apasal Tak Cakap Mak Kau Kat Rumah..?” Siap ‘Reverse’, Gelagat Oyen Salah Rumah Bikin Dekah

Sudah menjadi kebiasaan, kucing yang berwarna jingga atau lebih dikenali sebagai Oyen sering dianggap sebagai kucing yang berperangai pelik dan chaotic.

Seorang pengguna TikTok, Richelle De Jong ada berkongsikan sebuah video berkenaan seekor Oyen yang tersalah masuk ke dalam rumahnya.

Lucunya tentang video ini, jelas kelihatan wajah Oyen tersebut seperti terkejut dan keliru selepas dirakam oleh pengguna TikTok ini.

Lebih menghiburkan, Oyen milik pengguna TikTok ini turut menyaksikan kejadian ‘pecah masuk’ ini dan kelihatan tercegat menyaksikan Oyen yang lagi satu.

Kejadian unik dan lucu yang sempat dirakam ini mendapat perhatian netizen. Ketika artikel ini ditulis, video ini sudah pun mencapai 10.9 juta jumlah tontonan.

VIDEO KLIK DISINI

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen berseloroh dengan kejadian ‘pecah masuk’ ini. Ada yang bergurau mengatakan kedua-dua Oyen sebenarnya bercinta tanpa pengetahuan tuan mereka.

Komen netizen:

Macam-macal hal Oyen ni. Siap reverse yang tak tahan tu!

Sumber: lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending