TMJ ‘lawat’ Pemain Skuad AFF 2022 Harimau Malaya

Menjelang perlawanan penting pada sabtu ini bertembung Thailand, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat sesi latihan pasukan kebangsaan, petang tadi.

Menurut sumber TMJ tiba di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada jam 5.45 petang dan meluangkan masa selama setengah jam melihat latihan skuad Harimau Malaya sebagai persiapan untuk mengharungi saingan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ), sabtu ini.

Ketibaan baginda disambut oleh barisan kepimpinan FAM yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum dibawa ke bangunan pentadbiran badan induk bolasepak Malaysia bagi sesi taklimat.


Malaysia berjaya layak ke perlawanan separuh akhir selepas menjadi naib juara kumpulan B. Harimau Malaya mengesahkan tempat selepas membenam pasukan Singapura dengan jaringan 4-1 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.


Malaysia vs Thailand

Berikut adalah jadual perlawanan diantara Malaysia bertemu Thailand dalam perlawanan separuh akhir:

Malaysia vs Thailand ( Round 1)

Tarikh: 7 Januari 2022 | Jam: 8.30 pm | Tempat: Stadium Bukit Jalil

Thailand vs Malaysia ( Round 2)

Tarikh: 10 Januari 2022 | Jam 8.30 Malam | Tempat: Thammasat Stadium

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*