Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Masak Kari Ikan Merah Sedap Sampai Setiap Minggu Kena Buat. Guna 2 Rempah Ini, Lagi Padu Rasanya

Published

on

Tip Masak Kari Ikan Merah Sedap Sampai Setiap Minggu Kena Buat. Guna 2 Rempah Ini, Lagi Padu Rasanya

Lauk kari menjadi sajian keluarga ini sejak sekian lama, malah ketika ibu mentuanya masih ada hampir setiap hari lauk kari disajikan.

Masakan kari yang sedap ini memang buat anak beranak ini ketagih. Tak kiralah kari apapun tapi lauk ini mesti ada di meja makan. Tak lokek berkongsi resepi, Zee Basir menurunkan cara dan tip memasak kari yang dipraktikkan sekian lama.

Cara Buat Kari Ikan Merah, Wajib Buat Setiap Minggu

ARTIKEL LAIN : Masak Asam Rebus Ikan Kembung, Lauk Paling Senang & Paling Sedap Hirup Kuah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah – dibersihkan & potong ikut suka
  • 1 mangkuk santan cair – dari setengah biji buah kelapa
  • 1 cawan pati santan dari perahan santan pertama di atas
  • 1/2 cawan air asam jawa ( agak-agak sesuai rasa masamnya)
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
  • 3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
  • Sayur bendi & tomato
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk

  • 5 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 1 inci halia

Cara masak kari

1. Panaskan satu senduk minyak kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dengan api kecil.

2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai naik bau. Masukkan dua serbuk rempah kari tadi dan tumis dngan api paling kecil.

3. Agak-agak nampak berubah warnanya (jangan sampai hangit ya) masukkan satu cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.

4. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan, tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak). Guna api kecil sentiasa .

5. Seterusnya boleh masukkan santan cair tadi, air asam jawa, Aajinomoto, gula dan garam sedikit.

6. Besarkan api, bila santan mula mengelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya kemudian masukkan ikan bersama buah tomato.

7. Masak seketika dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Rasa masin garamnya agar sesuai dengan citarasa. Siap untuk disajikan.

TIP

Serbuk rempah kari memang tak dicampur dengan air. Tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.

Kalau masak kari saya suka gabungkan dua jenis serbuk rempah kari ikan & daging. Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang. Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempah yang kuat. Cari yang ada tambahan serbuk cili lagi padu. Tak payah tambah cili kisar lagi.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Resepi Asam Pedas Melaka Asli. Ini ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

Sumber: Zee Basir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!

Published

on

Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!

Resipi kuih bahulu ini sedikit berbeza dari resipi lain kerana ada menggunakan air. Kebanyakan orang tidak meletakkan air kerana risau kuih menjadi bantat.

Berbeza dengan resipi ini yang ada meletakkan air kerana bertujuan untuk mengembangkan dan ringankan telur semasa proses memukul telur.

Namun, ada pantang larang yang perlu diikut semasa proses penyediaannya. Anda perlu sediakan semua bahan sebelum mula membuatnya kerana semua bahan tersebut perlu dipukul secara berterusan tanpa henti.

Untuk mengetahui caranya yang lengkap, mari ikuti perkongsian penuh oleh Sharifah Aminah Al-Idrus di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI KUIH BAHULU

Bahan-bahan:

  • 1 mug bersaiz tinggi
  • 10 biji telur ayam gred A
  • 2 gelas mug gula halus
  • 2 1/3 gelas mug tepung gandum
  • 1/2 gelas mug air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Esen vanilla

Cara-cara:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan. Perkara ini penting kerana semasa memukul telur, tak boleh berhenti dan tinggalkan adunan tersebut.

2. Pecahkan kesemua telur ke dalam satu gelas mug tinggi. Jika telur penuh satu mug, guna sukatan itu untuk menyukat bahan lain.

3. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan air sedikit demi sedikit. Selang-selikan dua bahan ini sambil terus pukul. Pukul sehingga gula serta air habis dan larut sepenuhnya.

4. Kemudian, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sehingga ia habis. Pukul lagi sehingga kembang.

5. Selepas itu, letak sedikit esen vanilla dan sedikit pewarna kuning. Siap adunan untuk membuat bahulu.

6. Panaskan oven api atas dan bawah dengan suhu 200°C.

7. Kemudian sapukan minyak masak pada acuan bahulu. Tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut dan sedia untuk dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber : Sharifah Aminah Al-Idrus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending