Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Cabai Picit, Sambal Paling Ringkas. Makan Dengan Ikan Bakar & Ulam, Sedapnya Terangkat!

Published

on

Cara Buat Cabai Picit, Sambal Paling Ringkas. Makan Dengan Ikan Bakar & Ulam, Sedapnya Terangkat!

Kalau dah bosan makan menu bergoreng atau gulai, boleh buat cabai picit ni. Gabung dengan ikan bakar dan ulam. Memang perfect dan yang penting menu sihat.

Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Putri Inas Bpskincare.

Cara Buat Cabai Picit

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Lengat, Nikmat Sungguh Makan Bila Digoreng. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Bahan-bahan:

  • 12 biji cabai merah + cabai hijau dalam 12 biji
  • 1 sudu besar asam jawa dalam satu sudu besar (asam jawa asli)
  • 2 ketul belacan bakar sebesar ibu jari
  • Setengah biji asam limau separuh biji (kami suka aroma limau nipis ni dalam ayaq asam ni)
  • 1/2 cawan air kosong (ikut kepekatan yang disukai)
  • Garam, sedikit gula untuk seimbangkan rasa dan serbuk perasa

Cara membuat:

  • Picit saja semua bahan ini, bukan tumbuk, bukan blend. Siap!

Makan dengan ikan bakar kosong dan ulam, memang gabungan mantap!

ARTIKEL LAIN : Bahan Rahsia Buat Air Asam Lebih Menyengat Confirm Tambah Nasi

Sumber: Putri Inas Bpskincare.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Published

on

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.

Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.

Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan

Tip Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok

ARTIKEL LAIN : Petua Lebatkan Buah Durian Dari Petani Thailand Sampai Penuh Dahan!

Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah

Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.

Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.

Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.

Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber: Mior Zailan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending