Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Buat Ikan Goreng Yang Sedap, Boleh Ratah-Ratah Saja Kalau Lumur Dengan Bahan Ini.

Published

on

Jangan Letak Garam & Kunyit Saja. Ikan Goreng Akan Jadi Lagi Sedap Kalau Lumur Dengan Bahan Ini.

Biasa kita buat kita goreng cuma letak garam dan kunyit. Itu pun kalau makan panas-panas dah sedap.

Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap sampai boleh makan ratah-ratah macam tu saja boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ummi Hana ini.

Selain dari kunyit dan garam sebelum goreng lumur dan perap sekejap ikan goreng dengan bahan ini.

Tip Buat Ikan Goreng Yang Sedap, Boleh Ratah-Ratah Saja

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer

Bahan-bahan

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar garam halus
  • Sedikit belacan (optional)

Cara membuat

1. Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur. Kemudian tumbuk bawang merah bawang putih, lumat sangat pun tak mengapa.

2. Masukkan cili kisar gaul rata masukkan dalam bekas bertutup simpan dalam peti.

3. Bila nak goreng ikan, ambil sikit bahan tadi, lumur dan perap sekejap. Kemudian boleh goreng.

4. Minyak goreng ikan sedap itu pun sedap buat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Ayam G0reng Jadi Lebih Sedap Campur 3 Bahan Ni. Garing Diluar Juicy Didalam

Sumber: Ummi Hana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending