Connect with us

Tips Dan Petua

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Guna kotak dan kertas rincih, Jimat Duit Dan Masa

Published

on

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Guna Kotak Dan Kertas Terpakai, Jimat Duit Dan Masa

Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau mer4cvn rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.

Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.

Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Guna kotak dan kertas rincih

ARTIKEL LAIN : Kaedah Tanam Kangkung Dalam Botol Minuman Caranya Mudah Saja Memang Puas Hati

Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.

Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.

Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.

1. Letak kotak sebagai lapisan pertama

Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.

Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencvn dan dimampatkan lagi ke tanah.

2. Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua

Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencvn dan juga dimampatkan ke tanah.

Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.

3. Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup

Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.

4. Kemudian tabur daun kering

Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.

Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.

Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.

5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman

Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakt3ria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.

Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.

6. Kertas rincih juga boleh buat kompos

Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.

Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.

Untuk lebih jelas tonton video dibawah.

Semoga bermanfaat!

Sumber : YOUTUBE Akmal Al Yahya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending