Connect with us

Tips Dan Petua

Tandas Rumah Berbau, Ini 9 Tips Hilangkan Bau Tandas Supaya Kekal Segar Sepanjang Hari

Published

on

Tandas Rumah Berbau, Ini 9 Tips Hilangkan Bau Tandas Supaya Kekal Segar Sepanjang Hari

Argh busuknya bilik air ni. Dari jauh dah bau. Nak kata tak cuci pun tak juga. Tapi kenapa cepat sangat berbau semula? Tak boleh jadi, aku kena cari cara hilangkan bau tandas, nanti malulah kalau tetamu datang.

Memang stres kalau bilik air berbau. Mulalah tercari-cari mana datangnya sumber bau yang kurang menyenangkan.

Antara semua bilik dalam rumah, bilik air memang jadi perhatian kerana selalu digunakan. Bukan sahaja seisi rumah, malah tetamu yang datang berkunjung juga pastinya akan mengguna bilik air. Kalau bilik air kotor atau berbau, memang terasa malu. Nanti dianggap pengotor pula.

Berikut adalah 9 cara hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.

1. Pastikan pengaliran udara yang baik

Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar.

Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.

2. Elak gantung baju atau tuala

Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bak teria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.

3. Pastikan tong sampah selalu kosong

Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bak teria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bak teria boleh menyebabkan punca bau busuk.

Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.

4. Galakkan kemasukan cahaya matahari

Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bak teria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.

5. Guna ‘essential oil’

Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray.

Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.

6. Letak pokok bunga dalam bilik air

Pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros mewangikan bilik air secara semulajadi. Selain memberi kesegaran, ia juga mencantikkan pandangan.

8. Hampas kopi

Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.

9. Arang

Arang adalah satu lagi bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk. Cara menghilangkan bau tandas dengan arang adalah dengan meletakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang-lubang.

Kemudian, gantungkannya di tempat yang berbau seperti berdekatan dengan mangkuk tandas. Pastikan bilik air dicuci dengan kerap,

Jika tidak kotoran akan melekat dalam bilik air dan sukar ditanggalkan untuk jangka masa yang lama.

Ia akan menyebabkan bilik air nampak kotor meskipun sudah dibersihkan. Bau yang kurang menyenangkan juga dapat diatasi dengan mudah.

Sumber : nasihatpakcik

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending