Connect with us

Tips Dan Petua

Simpan Lauk Dan Sayur Sebulan Ibu Bekerja Ini Kongsi Cara 14 Tahun Amal Dari Mula Kahwin Sampai Sekarang

Published

on

Simpan Lauk Dan Sayur Sebulan Ibu Bekerja Ini Kongsi Cara 14 Tahun Amal Dari Mula Kahwin Sampai Sekarang

Menarik sungguh perkongsian Puan Naeamah Balqis dengan cara beliau simpan lauk dan sayur untuk sebulan. Maklumnya, cara ini sudahpun dipraktikkan selama 14 tahun sejak baru bergelar isteri sampailah sekarang.

“Alhamdulillah, ini stok lauk keluarga untuk bulan Februari. Bajet untuk 3 minggu. Agak-agak sehingga gaji la.

“Tapi gaji bulan 3 dah dapat awal minggu ni. Lauk untuk bulan 3, kita shopping hujung bulan nanti. Buat macam biasalah.”

Hari Beli Barang Cara Saya

Kalau ikut kebiasaan, lauk-lauk ini patutnya shopping hujung bulan, sehari lepas gaji. Tapi kami cuti-cuti Malaysia.

Jadi beli lauk dalam minggu pertama:

  • Hari Sabtu : Beli lauk kat pasaraya cs – udang + sotong + ikan tongkol
  • Hari Selasa : Beli ayam + daging kat pasar malam
  • Hari Khamis : Beli tulang lembu + ikan + udang galah kat pasar borong

Bila balik, siap-siap asingkan lauk dalam bekas untuk sekali masak. Kalau nak masak lebih, akan agihkan untuk 2 bekas.

Contoh : Udang, kalau nak letak dalam gireng sayur atau tomyam. Ambil sebekas. Kalau nak buat sambal udang juga, agihkan untuk 2 bekas.

Nota : Saya masak setiap hari. Bawa bekal ke ofis dan masak untuk anak sekali. Balik kerja masak lagi untuk makan malam. Buat macam ini mudahkan kerja kita. Macam biasa kalau malas boleh ambil kuali ketuk atas kepala.

Lauk beli kat pasar malam. Ayam dan daging. Ayam asingkan untuk sekali makan. Letak air. Daging jangan letak air. Simpan gitu jer. Jangan basuh

Simpan Lauk Cara Saya

Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak.

Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Anggaplah macam ikan-ikan kat kutub sana. Dilitupi air batu. Bila ais cair, ikan tu tetap segarkan.

Orang sains jangan k3cam lak. Saya buat contoh saja. Senang nak faham.

Simpan kat tempat beku.

“Yang cakap manis udang akan hilang bila letak air sebab simpan lama. terpulang. Kita raikan pendapat berlainan. Pendapat masing-masing.

“Tapi bagi saya, saya tetap rasa sama saja dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.”

Udang dan ikan letak air, tulang jangan letak air. Ikan dah siang cuci bersih dah tu. Lauk yang letak air – Udang + sotong + ikan + ayam – semua bersihkan siap-siap. Simpan lauk yang dah bersih. Lauk tak letak air – Daging + tulang

Bila nak masak : Keluarkan, alirkan bawah air paip. Kalau udang dan sotong sekejap saja dah cair. Kalau ayam, ambil masa sikit.

Kalau ikut saya, bila nak masak baru bawa keluar. Kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa. Bangun pagi baru fikir nak masak apa.

Macam juga balik kerja. Sampai rumah, buka peti baru fikir nak masak apa. Tak ada masalah nak cairkan ais tu. Uols kalau nak masak pagi esok, malam tu boleh letak dalam chiller.

Ramai orang buat macam itu kan?

Simpan Sayur Cara Saya

Halia + lengkuas + serai – letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.

Cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi Jepun + bunga kobis + brokoli – letak tisu kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis dekat dalam bekas tersebut.

Sayur itu akan tahan lama, insyaAllah. Cuma sawi Jepun dan kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi. Selepas itu, sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi.

Sebab itulah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus. Cukup untuk seminggu.

Bajet Sebulan Beli Lauk Dan Sayur Cara Saya

Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ini. Sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk lauk-lauk ini. Bajet lebih sikit sebab lebihkan udang untuk bulan ini.

Bulan lepas bajet lauk tak sampai RM200.

Bajet Lauk Di Pasaraya cs

  • Udang biasa – RM 40.00
  • Sotong – RM 32.00
  • Ikan tongkol – RM 27.00
  • Telur – RM11.00

Bajet Lauk Di Pasar Malam

  • Ayam (2 ekor) – RM35
  • Daging – RM37

Bajet Lauk Di Pasar Borong

  • Tulang lembu – RM 23.00
  • Udang galah – RM 35.00
  • Ikan – RM 23.00

Jumlah:

  • RM 262.00 (Lauk)
  • RM 20.00 ( sayur – limau kasturi + cili merah + cili hijau + halia + lengkuas + carrot + sawi jepun + timun Jepun setakat ni dalam peti ais )

Masukkan air. Tutup. Simpan terus kat tempat beku.

Ikan tongkol dah siap direbus

Daging separuh telah dibuat daging jeruk.

Perkongsian Ini Untuk Bantu Mak-mak Bekerja Macam Saya

Bajet ini sebenarnya bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya. Tapi nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan kita yang mak-mak ini nak memasak.

Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama, terutama mak-mak bekerjaya keluar pagi-pagi hari dan hampir nak malam baru balik macam saya.Jangan cakap peti ais besar bolehlah buat macam ini. Saya dah kahwin 14 tahun. Baru kahwin dulu peti ais kecil saja. Tapi saya buat macam ini juga.

Letak dalam plastik, cuma tak letak air lah bila letak dalam plastik. Rasanya kering sikit lauk ti berbanding yang letak air macam sekarang. Tapi ok sangat lagi dari tak buat apa-apakan.

Sumber/Foto : Naeamah Balqis

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Published

on

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Ramai yang tanam pokok jambu madu di kawasan rumah atau kebun. Ini kerana cara penanaman dan penjagaannya agak mudah. Ia boleh ditanam melalui keratan ranting saja.

Cuma yang membezakan adalah buah yang dihasilkan. Semestinya kita mahu hasil buah pokok jambu madu yang ditanam ini manis dan sedap, bukan sekadar manis biasa-biasa saja. Dapat pula warnanya yang merah menyala cantik, lagi puas hati.

Bagi menghasilkan buah jambu madu yang sebegini, ada tip yang perlu dipraktikkan. Dikongsi oleh Pyan Sempoi ini panduannya.

Tip Dapatkan Hasil Jambu Madu Yang Terbaik

Musim panas ni buah jambu madu Red Taiwan sangat sedap dan manis. Warna pun merah cantik. Sengaja petik awal sebab tak sabar nak rasa. Sepatutnya tunggu bulu pada buah jadi hitam barulah dipetik. Ini tanda buah betul-betul matang dan lebih manis.

Tip untuk dapatkan hasil jambu madu atau air yang terbaik;

1. Kena kurang atau jarangkan buah dalam satu tangkai. Jangan biar terlalu banyak dalam satu tangkai. Kemudian buah ini perlu dibungkus.

2. Bila buah jambu dah besar kena kurangkan air sewaktu siraman. Tapi jangan terlalu kurang sampai pokok layu. Siram cukup-cukup saja.

3. Beri baja tinggi nilai K

Baja tinggi K (kalium) ini adalah untuk dapatkan buah yang berkualiti.

4. Tabur atau sembur epsom salt atau garam bukit atau baja kalsium magnesium. Garam epsom berfungsi menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Pyan Sempoi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending