Connect with us

Semasa

Syeikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Published

on

Join Telegram Arus Perdana Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

KUALA LUMPUR: Innalillahiwainnaillaihirojiun, tokoh besar dalam dunia Islam kontemporari Sheikh Yusuf al-Qardawi telah meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini (Isnin).

Perkara ini disahkan di dalam facebook rasminya:

“Imam Yusuf Al Qardhawi, semoga Allah merahmatinya, yang menghabiskan hidupnya demi menjelaskan syariat Islam dan membela ummatnya, meninggal siang tadi,” tulis admin facebooknya.

Tempat pengebumian Allahyarham akan diumumkan dalam masa terdekat.

Syeikh Yusuf al-Qardawi telah lahir pada 9 september 1926, merupakan ulama besar dari Mesir.

Dr Ustaz Rozaimi Ramlee turut berkongsi mengenai pemergian tokoh Islam ini dalam laman facebooknya.

Baru mendapat berita pemergian tokoh besar dalam dunia akademik dan dakwah Dr Yusuf al-Qaradawi. Begitu sedih mendengar berita ini. Beliau adalah tokoh yang banyak memberikan manfaat ilmu pada diri saya.

Pastinya legasi ilmu yang beliau tinggalkan akan kekal walaupun beliau telah pergi meninggalkan kita.
Moga Allah ampunkan beliau dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Dr Rozaimi Ramle

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia

Siaran Langsung Malaysia vs Myanmar AFF B-23

Published

on

Join Telegram Arus Perdana Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Skuad bawah 23 tahun Malaysia akan memulakan kempen AFF B-23 bermula 15 Februari 2022 ini dengan pertemuan pertama bertemu pasukan Myanmar.

Persedian skuad negara sedikit terganggu apabila terdapat pemain yang dipanggil positif c-19. Terbaru pemain yang baru sahaja dipanggil oleh Brad Maloney bagi menggantikan pemain yang positif c-19 juga positif c-19

Namun bagi penggendali skuad bawah 23, Brad Maloney beliau akur dengan keadaan tersebut dan akan meneruskan saingan di Kemboja dengan hanya 27 pemain.

Live Malaysia vs Myanmar AFF B-23

Malaysia b-23 akan bertemu pasukan Myanmar b-23 pada perlawanan pertama yang dijangka akan berlangsung pada 15 Februari 2022 ini.

Berikut merupakan maklumat perlawanan

  • Malaysia B-23 vs Myanmar B-23
  • 4.50 P.M waktu Malaysia
  • Siaran langsung: TV 9

Kami juga akan cuba membawakan siaran langsung di dalam website ini pada hari perlawanan.

Kapten pasukan Malaysia Aiman Afif mengingatkan seluruh rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah dan mengambil mudah perlawanan pertemu dengan Myanmar.

Menurutnya walaupun beliau dan pasukan belum pernah bertemu dengan pasukan Myanmar. Namun kekuatan dan kelajuan pasukan Myanmar harus diperhatikan. Jadi perlawanan itu sudah pasti akan menjadi satu cabaran buat mereka.

Tambah Aiman, mereka harus memberikan 100 peratus dalam kesemua perlawanan yang akan dihadapi. Jadi sesiapa sahaja yang diturunkan oleh jurulatih harus memberikan 100% komitmen di atas padang.

Perlawanan kedua Malaysia dijangka akan berlangsung pada 18 Februari 2022 bertemu dengan pasukan Laos sebelum bertemu dengan jiran Indonesia pada perlawanan seterusnya. Namun dimaklumkan bahawa pasukan Indonesia telah menarik diri sebelum pasukan itu dijangkiti c-19

Continue Reading
Advertisement

Trending