Morocco ke Separuh Akhir, Portugal Mangsa di Suku Akhir Piala Dunia

Pasukan Morroco terus menunjukkan belang untuk meneruskan kemaraan di Piala Dunia Doha 2022 selepas mengetepikan pasukan Portugal di perlawanan Suku Akhir.

Youssef En-Nesyri menjadi penjaring tunggal pasukan Morroco ke atas Portugal di Stadium Al-Thumama.

Sebelum itu, pemain tersebut membuat beberapa cubaan menanduk masuk bola namun kesemua percubaannya gagal menemui jaring gol.

En-Nesyri berjaya menjaringkan gol pada minit ke-42 selepas membuat satu lompatan tinggi melepasi pertahanan Ruben Dias.

Portugal cuba melakukan beberapa percubaan namun kesemuanya gagal menembusi penjaga gol. Antara percubaan cantik Portugal dihasilkan oleh Bruno Fernandes pada separuh masa kedua.

Kemasukkan Cristiano Ronaldo juga gagal membantu pasukan Portugal layak ke separuh Akhir apabila pemain tersebut mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol yang gagal disempurnakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*