Connect with us

Tips Dan Petua

Suhu Kereta Naik Sebab Radiator Berkarat Dan Tersumbat, Ini Cara Untuk Cuci Sebelum Ganti Coolant

Published

on

Suhu Kereta Naik Sebab Radiator Berkarat Dan Tersumbat, Ini Cara Untuk Cuci Sebelum Ganti Coolant

Bab penjagaan kereta selalunya akan diberi perhatian secukupnya, bukan dari segi aksesori, atau luaran sahaja, tetapi bahagian enjin juga. Yang mana sekiranya tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan kerosakan yang lebih serius.

Bila dah rosak makin teruk, duit pun makin banyaklah yang kena keluar. Sama juga dengan bahagian radiator kereta, yang mana bahagian dalam dah lama, dan mula untuk berkarat. Jika dibiarkan terlalu lama, air akan mula berkeladak dan karat yang ada sebabkan radiator berkarat dan tersumbat.

Ia sedikit sebanyak akan buatkan suhu kereta naik walaupun telah letakkan ‘coolant’ beberapa kali. Ini kerana, menurut seorang mekanik, Mohd Erfan Daud, kalau radiator berkarat dan tersumbat, isi banyak mana ‘coolant’ pun ianya tidak beri kesan.

Cara Bersihkan Radiator Berkarat Dan Tersumbat

ARTIKEL LAIN : Modal Tak Sampai RM15, Lelaki Ini Ajar Cara Nak Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta

Jadi, dalam perkongsian ini, Erfan telah kongsikan cara untuk bersihkan radiator sebelum masukkan ‘coolant’. Mari kita ikuti cara yang dikongsikannya.

As salam dan selamat malam..

Malam ni saya nak sembang sikit macam ne nak flushing radiator sekiranya anda mahu menggantikan coolant enjin anda. Sebenarnya ni Kali ke 3 saya cuba nk post pasal ni. Tak tau lah tak kan mic hnset rosak ada effect sampai ke FB.

Pagi tadi ada sebiji pesona datang ke bengkel. Temperature naik katanya. So benda pertama kena tengok adalah air radiator nye. Kalau rujuk pada gambar tak de beza warna air radiator tu dengan kopi ais. Penuh ngan karat.

Keadaan air masa mula-mula sampai

Walaupun owner dah bubuh coolant sebelum ni pun ia tak mendatangkan hasil. Sebab radiator berkarat dan sudah tersumbat. Bubuh lah 200% coolant sekali pun sumbat tetap sumbat.

So katakan tiba2 anda teringat nak bubuh coolant dalam radiator pastikan radiator anda tip top. Tak de leaking mahupun radiator berkarat. Jadi elok anda servis dulu radiator anda kalau sebelum ni anda tak guna coolant.

Kos untuk servis radiator sekitar puluhan ringgit sahaja sekiranya anda buka dan hantar sendiri ke kedai servis radiator. Tool pun tak banyak guna. Untuk pesona tadi hanya guna playar,coupling 10 dan 12mm dan skru driver serta sedikit kesabaran. Ok katakan sekarang anda dah pasang radiator tadi. Sekiranya air sebelum ni karat elok sekiranya anda flushing dulu.

Air radiator yang kuar dari radiator

Kenapa perlu flushing?

Sebab ada lagi air karat yg terperangkap dalam engine. So elok sekiranya keluarkan air tu.

Buka klip top hose guna playar

Ok buka top hose radiator tadi-masuk kan getah paip (orang jawa panggil toler) dan hidupkan paip air. Kemudian hidupkan engine. Perhatikan air yg keluar dari top hose radiator tadi.. mula-mula keruh lama-lama jernih. Baru teguh peribadi.

Sekarang air karat dah xde. Maatikan engine dan pasang semula top hose. Sekarang buka drain plug kt bawah radiator tu. Dah kuar air tutup semula drain plug tadi. Isikan coolant dalam radiator.

Pastikan coolant yang berjenama macam nissan ke.. toyota ke.. ada mcm2 kaler.. merah, biru, hijau pun ada. Jangan beli yang xde brand ataupun brand yang xde kaitan macam adidas atau casio.. nmpk sgt nipu nye pasal brand tu xde wat barang kereta.

Jangan isi coolant melebihi 70:30.. seelok eloknya 50:50.. melainkan coolant tu memang tak perlu tambah air seperti toyota super long life coolant. Yang ni memang 100% pakai dia saja tak perlu campur air. Harga sekitar 8x.xx untuk 4 liter. Berbaloi sebab dia recomended untuk 100k km.

Boleh juga kalau tak mo bubuh coolant. Boh air paip je tapi kena rajin tukar pasal nanti dia akan karat dan sumbat semula. Kena rajin servis lah. Kalau malas nk servis beli je baru. Untuk pesona harga radiator sekitar 2xx je tambah 30 sen kalau nak ikat tepi.

Ok bye.

Jika anda suka dengan artikel cara bersihkan radiator berkarat dan tersumbat ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Semoga Manfaat!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

ARTIKEL LAIN : Wiper Kereta Kabur Ketika Hujan Ikut Cara Penjagaan Ini Untuk Elak Dari Cepat Rosak

Sumber: Mohd Erfan Daud

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending