Siaran Langsung Malaysia B-19 vs Laos B-19 15 Julai 2022

Sebentar lagi perlawanan akhir diantara pasukan Malaysia bawah 19 bertemu Laos bawah 19 akan berlangsung seperti berikut

  • Final AFF U-19 Championship 2022: Malaysia vs Laos
  • Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi
  • 15/7/2022 (Jumaat)
  • 9 Malam waktu Malaysia

Sebelum ini pasukan Loas berjaya mengesahkan tempat mereka ke final selepas menundukkan pasukan Thailand dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan separuh akhir Kejuaraan Bawah 19 tahun Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi.

Malaysia pula berjaya ke perlawanan akhir selepas menundukkan pasukan Vietnam pada perlawanan separuh akhir dengan jaringan 3-0.

Untuk makluman semua, Laos merupakan satu-satunya pasukan tanpa kalah sepanjang kempen AFF U-19 2022 ini. Adakah mereka mampu untuk meneruskan kecemerlangan mereka atau mereka akan akur pada malam ini dengan pasukan Malaysia ?

Tambahan pula pada perlawanan di peringkat kumpulan, Laos hanya berjaya mengalahkan Malaysia dengan sepakan penalti kontroversi. Namun sepanjang perlawanan tersebut pasukan negara berjaya mengawal perlawanan.

Semoga kejayaan memihak kepada pasukan Bawah 19 tahun negara pada malam ini. Jangan lupa untuk saksikan perlawanan tersebut.

Siaran Langsung perlawanan:

Kami akan membuat kemaskini sebelum sepak mula. Sekiranya tiada sebarang link yang kami letakkan maka kami akan memberikan update terkini keputusan perlawanan pada malam ini.

Akhir sekali satu fakta menarik adalah Tim Harimau Muda merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya ke final Piala AFF U19 secara empat kali edisi berturut-turut iaitu pada 2017, 2018, 2019 dan 2022.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*