Sukan
JDT vs Sabah Catat Rekod Tontonan Tertinggi Liga Super 2022

Pada 15 Julai 2022 yang lalu telah berlangsung satu perlawanan tumpuan Liga Super 2022 diantara pasukan Johor Darul Ta’zim bertemu Sabah. Sudah pasti perlawanan tersebut mendapat perhatian peminat bolasepak tanah air, kerana perlawanan tersebut adalah perlawanan merebut tempat puncak liga buat sementara waktu selepas 10 perlawanan.
Kedua-dua pasukan berada ditangga no 1 dan 2 terbaik liga buat masa ini. Selepas perlawanan tersebut, Johor Darul Ta;zim berada di kedudukan no 1 Liga super dengan 26 mata selepas 8 kemenangan 2 seri. Manakala Sabah kekal ditangga kedua selepas 11 perlawanan dengan 7 kemenangan 1 seri dan 3 kekalahan.
Kami sempat membuat tinjauan di saluran youtube unifi yang merupakan penyiar rasmi kejohanan ini. Kami mendapati perlawanan tersebut ditonton hampir 2.3 juta setakat ini. Ini merupakan tontonan tertinggi dalam Liga Super 2022 setakat ini.
Namun begitu jika dilihat dari seluruhan video dalam saluran tersebut, perlawanan ini belum lagi memintas jumlah tontonan perlawanan ketika separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022 diantara pasukan JDT dengan pasukan Terengganu yang mana perlawanan tersebut merekodkan jumlah hampir 3 juta tontonan.
Perlawanan 15 Julai ini menjadi rekod baru untuk saingan Liga super. Ini kerana rekod tontonan tertinggi perlawanan dalam Liga super adalah diantara pasukan Johor Darul Takzim bertemu Selangor FC pada tahun lalu dengan catatan 1.8 juta tontonan.
Ini bermakna kebanyakkan perlawanan melibatkan Johor Darul Tazim mendapat tontonan tinggi dikalangan peminat bolasepak tanah air. Semua rekod yang dicatatkan ketika ini melibatkan pasukan dari Selatan tanah air tersebut.

Sukan
Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menundukkan pasuakan Thailand dengan keputusan 1-0 untuk saingan Separuh Masa pertama di Stadium Bukit Jalil.
Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 menerusi pemain Faisal Halim.
GOOLLL!!!!
Faisal Halim 11′⚽️ MALAYSIA ?? 1-0 ?? THAILAND#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/p813bWQS2d
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Malaysia sepatutnya boleh menambah jaringan di separuh masa kedua selepas tandukan Dominic Tan digagalkan oleh pengadil perlawanan.
#MASTHA #AFF2022
SemiFinal 1st Leg Bukit Jalil
Malaysia vs ThailandIt should be goal!!! Dominic Tan
It should be 2 – 0we need VAR!!#AFFMitsubishiElectricCup2022 #HarimauMalaya pic.twitter.com/nvfpUwDpW4
— Tri Hendri (@trihendri) January 7, 2023
Malaysia membawa 1 bekalan gol ke Stadium Thammasat, Thailand pada 10 Januari ini.
-
Tips Dan Petua2 months ago
Elak Keluarga Kerap Batuk Dan Selesma Ini Cara Deep Clean Tilam
-
Ilmiah2 months ago
Ambil Wudhu Sebelum Tidur Akan Dapat Manfaat Ini
-
Sukan3 months ago
Siaran langsung Malaysia vs Thailand 7 Januari 2023
-
Sukan3 months ago
Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil
-
Sukan3 months ago
Harimau Malaya ‘bakal’ guna Stadium Sultan Ibrahim – TMJ
-
Sukan3 months ago
TMJ ‘lawat’ Pemain Skuad AFF 2022 Harimau Malaya
-
Malaysia11 months ago
Lee Zii Jia Tamatkan Penantian 6 Tahun Malaysia
-
Semasa6 months ago
Syeikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia