Connect with us

Umum

Si Bulus Merajuk Gara-Gara Di Mesin Bulunya, “Dok Termenung Je, Cuit Pun Tak Layan”

Published

on

Si Bulus Merajuk Gara-Gara Di Mesin Bulunya, “Dok Termenung Je, Cuit Pun Tak Layan”

Kucing sememangnya merupakan haiwan peliharaan yang paling disayangi oleh manusia. Kawan rapat yang membuatkan kita tidak pernah bosan dengan mereka. Karenah mereka yang memang tidak terjangka itu membuatkan sesiapa juga tercuit hati.

Terutama apabila menjaga kucing. Memang banyak karenah kucing yang selalu membuat kita terhibur dengan karenah2 mereka yang comel. Tetapi kucing juga boleh mer4juk dengan kita kalau ada yang mengguris hatinya seperti mencukvr semua bulunya.

Terkini, perkongsian sebuah video telah tular di media sosial apabila video terrsebut telah mendapat 1.8 juta tontonan sejak ianya dimuatnaik di aplikasi Tik Tok. Video tersebut memaparkan seekor kucing yang telah mer4juk kerana kesemua bulunya yang berada di badannya telah dicukvr kecuali di bahagian kaki dan kepala sahaja.

Menurut pemiliknya, bulu kucing itu selalu keguguran dan kucing itu juga mempunyai masalah kutu jadi cara yang terbaik mengatasi masalah tersebut adalah mencukvr kesemua bulu pada badan kucing itu. Disebabkan itulah, kucing itu agak terganggu emosinya seharian.

VIDEO KLIK DISINI

Menjengah ke ruangan komen komen pula ramai yang meninggalkan komen yang mengatakan kucing itu sudah persis “Lion King” apabila bulunya sudah dicukvr dan menampakkan kecomelannya bila mer4juk begitu.

Komen Netizen:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending