Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak

Published

on

Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak

Buat bukan penggemar manis jom cuba buat resipi brownies paling mudah dan kurang manis ini.

Kalau beli di kedai, susah nak jumpa kek yang kurang manis. Nak mudah, buat sendiri saja di rumah. Boleh adjust sukatan gula mengikut selera masing-masing.

Resipi Brownies Paling Mudah Kurang Manis

ARTIKEL LAIN : Resepi Puding Lumut Butter Opah Ini Memang Sedap. Lembut & Berlemak. Senang Je Nak Buat!

Bahan A:

  • 50g butter (salted butter Anchor)
  • 50g minyak masak
  • 150g dark chocolate coin/bar

Bahan B:

  • 2 biji telur gred A atau B
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 140g gula perang halus atau kalau guna dark molases sugar lebih sedap senab dia lemak manis yang rasanya kurang manis

Bahan C:

  • 100g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 25g serbuk koko

Cara-cara:

1. Cairkan bahan A dalam microwave 1 minit atau double boil. Dah cair kacau-kacau sebati, letak tepi dulu.

2. Masukkan bahan B ke dalam basin. Kacau rata sehingga sebati saja semua bahan2 di atas. Agak-agak gula dah larut, berhenti mengacau.

3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata sehingga sebati saja.

4. Ayakkan semua bahan C. Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A dan B tadi. Gaul sebati. Hasil adunan akan menjadi likat.

5. Nak lagi sedap, cincang coklat bar dan gaul ke dalam adunan sekali. Bila gigit brownies, coklat akan mencair.

6. Sapu butter pada loyang 8×8 inci dan lapik dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan.

7. Masukkan adunan ke dalam oven dan bakar selama 30 hingga 35 minit pada suhu 170⁰C. Jangan terlebih masak, nanti kering.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cheese Cake Paling Senang, Cuma Guna 3 Bahan Saja. Sesuai Untuk Yang Baru Nak Cuba

Kredit: Shida Razak KC

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Pokok Bunga Bersama Pokok Cili, Cara Mudah Kurangkan Serangan Perosak

Published

on

Tanam Pokok Bunga Bersama Pokok Cili, Cara Mudah Kurangkan Serangan Perosak

Pokok cili memang antara tanaman yang paling popular ditanam di rumah. Namun, ramai juga berdepan masalah yang sama apabila pokok mula diserang serangga perosak seperti aphid, trips, hamama dan ulat.

Jika dibiarkan, serangan ini boleh menyebabkan daun rosak, bunga gugur dan buah cili tidak menjadi.

Sebenarnya ada satu cara mudah dan lebih mesra alam yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan masalah ini, iaitu dengan menanam pokok bunga di sekitar pokok cili.

Selain menjadikan kawasan tanaman lebih cantik, pokok bunga juga berfungsi membantu keseimbangan ekosistem kecil di kebun rumah.

Kenapa Pokok Bunga Sesuai Ditanam Bersama Pokok Cili?

Pokok bunga mempunyai bau, warna dan nektar yang mampu menarik pelbagai jenis serangga. Ada yang bertindak sebagai agen pendebungaan, manakala ada juga yang menjadi pemangsa kepada serangga perosak.

Kaedah ini dikenali sebagai kawalan biologi semula jadi dan semakin popular digunakan dalam tanaman organik.

Kelebihan Tanam Pokok Bunga Di Sekeliling Pokok Cili

1. Mengurangkan Serangan Perosak

Sesetengah pokok bunga mampu mengalih perhatian serangga daripada menyerang pokok cili.

Ini membantu mengurangkan masalah seperti:

  • Aphid
  • Trips
  • Hamama
  • Ulat daun
  • Lalat putih

Bila serangan serangga berkurang, pokok cili akan membesar dengan lebih sihat.

2. Membantu Kurangkan Risiko Penyakit

Kebanyakan penyakit pokok cili berpunca daripada serangan serangga pembawa virus dan kulat.

Apabila populasi perosak dapat dikawal secara semula jadi, risiko penyakit pada pokok juga akan berkurangan.

3. Menarik Serangga Pendebungaan

Bunga yang ditanam berhampiran pokok cili akan menarik kehadiran lebah, kelulut dan kumbang.

Serangga ini membantu proses pendebungaan bunga cili dan secara tidak langsung meningkatkan penghasilan buah.

4. Menarik Serangga Baik

Selain agen pendebungaan, pokok bunga juga membantu menarik serangga baik seperti:

  • Ladybug
  • Pepatung
  • Labah-labah
  • Kumbang pemangsa

Serangga ini membantu mengawal populasi perosak dengan memakan telur serta larva serangga yang merosakkan tanaman.

5. Kebun Jadi Lebih Cantik dan Segar

Selain manfaat kepada tanaman, pokok bunga juga menjadikan kawasan rumah atau kebun kecil lebih ceria dan menarik dipandang.

Jenis Pokok Bunga Yang Sesuai

Terdapat beberapa jenis pokok bunga yang sesuai ditanam bersama pokok cili kerana mudah dijaga dan mampu menarik serangga baik.

  • Marigold atau bunga tahi ayam
  • Rose Jepun
  • Bunga pukul 10
  • Zinnia
  • Turnera

Pokok bunga ini juga sesuai ditanam dalam pasu atau terus di atas batas tanaman.

Elakkan Penggunaan Racun Kimia

Jika mahu menggunakan kaedah kawalan biologi secara semula jadi, elakkan penggunaan racun kimia secara berlebihan.

Racun kimia bukan sahaja membunuh serangga perosak, malah turut membunuh serangga baik yang membantu menjaga ekosistem tanaman.

Sebagai alternatif, gunakan:

  • Baja organik
  • Semburan bawang putih
  • Semburan neem oil
  • Larutan sabun organik

Tips Tambahan Untuk Pokok Cili Lebih Subur

  • Pastikan pokok menerima cahaya matahari mencukupi
  • Siram secara konsisten setiap hari
  • Gunakan tanah yang gembur dan subur
  • Buang daun yang rosak atau berpenyakit
  • Lakukan pemangkasan ringan jika terlalu rimbun

Penutup

Menanam pokok bunga bersama pokok cili bukan sekadar mencantikkan kawasan rumah, malah membantu mengurangkan serangan perosak secara semula jadi.

Kaedah ini lebih mesra alam, selamat dan sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin menanam cili secara organik di rumah.

Dengan penjagaan yang betul serta bantuan serangga baik, pokok cili boleh tumbuh lebih sihat dan menghasilkan buah yang lebih banyak.

Continue Reading
Advertisement

Trending