Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Telur Berlada Ala Khairul Aming, Simple Tapi Naik Selera Dibuatnya!

Published

on

Resepi Telur Berlada Ala Khairul Aming, Simple Tapi Naik Selera Dibuatnya!

Bila takda idea nak masak apa atau bahan dapur pun terhad, jadi menu simple seperti telur berlada antara hidangan ringkas yang boleh anda cuba.

Bukan sahaja mudah disedikan namun ianya satu hidangan dapat membuka selera sesiapa sahaja. Hidangan ringkas ini jika dimakan dengan nasi panas-panas boleh tambah nasi dibuatnya.

RESIPI TELUR BERLADA ALA KHAIRUL AMING

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Masak Telur Rebus Tanpa Air. Hasilnya Telur Masak Cantik Dan Tak Pecah

Ramai minta resepi saya kongsi ya. Saya cuma copy resepi khairulaming tapi sebab takde sambal nyet saya olah resepi sambal sendiri.

Telur Berlada Ala Khairul Aming

BAHAN-BAHAN :

  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili padi merah
  • Satu biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
  • Sebiji tomato

CARA MEMASAK

  • Pada yang suka extra pedas boleh tambah bilangan cili.
  • Rebus semua bahan kat atas bila dah layu toskan kemudian boleh blend/tumbuk kasar sahaja.
  • Lepas tu tumis dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa.
  • Tumis bawang besar yang dihiris nipis.
  • Pecahkan telo kemudian renjis kicap manis.
  • Last skali letak sambal yang kita buat tadi tutup api dan boleh perah limau.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurul Aini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Published

on

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.

Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.

Cara Buat Ikan Pari Bakar Dengan Sambal Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut -dimayang halus
  • Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi

Cara membuat

1. Cuci bersih ikan pari dan tos.

2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.

3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.

5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.

6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.

Selamat mencuba

Sumber: Erma Azizie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending