Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli

Published

on

Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli

Siapa saja yang pandai buat kuih pasti teringin tahu tentang resepi Kuih Bingka Pandan, kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu di kampung.

Kuih Bingka Pandan biasanya dihidangkan sewaktu majlis kenduri di kampung dan jika dijemput, anda berpeluang untuk menikmati kuih ini.

Tapi, takkan nak tunggu ada majlis kenduri baru nak makan, sekarang anda boleh cuba buat di rumah dengan resipi Kuih Bingka Pandan daripada Noor Ashikin Saerah di Facebook. Jom cuba!

RESEPI KUIH BINGKA PANDAN

Apa yang menarik tentang resepi Kuih Bingka Pandan ini adalah ia menggunakan daun pandan sepenuhnya tanpa pewarna.

Bahan-bahan:

  • Loyang 7x7x2 inci
  • 80g (⅓ cawan) marjerin*
  • 180ml (¾ cawan) santan*
  • 180ml (¾ cawan) susu cair*
  • 310ml (1¼ cawan) jus pandan*
  • 3 biji telur*
  • 230g (1½ cawan) tepung gandum*
  • 150g (⅔ cawan) gula pasir* (saya guna 125 g)
  • ½ sdt garam halus*
  • Bijan putih secukupnya
  • Marjerin secukupnya

Cara-cara:

1. Cairkan marjerin.

2. Masukkan bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Boleh juga gunakan mesin pengisar. Kisar adunan sehingga sebati +-30 saat.

3. Oleskan marjerin disekeliling loyang. Alaskan dengan kertas pembakar.

4. Tapis adunan ke dalam loyang.

5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190°C, api atas dan bawah selama 70 minit atau sehingga kuih masak.

6. Selepas 10 minit pertama, taburkan bijan ke atas bingka. Teruskan membakar sehingga masak. Pada 10 minit terakhir, ubah ketetapan ketuhar dengan menggunakan api atas sahaja bagi mendapatkan permukaan yang garing.

7. Setelah bingka masak dan masih panas, oleskan dengan sedikit marjerin pada permukaannya.

8. Biarkan bingka seketika di dalam ketuhar yang direnggangkan pintunya sedikit. Tujuannya supaya permukaan bingka tidak terlalu ‘jatuh’.

9. Sejukkan bingka (2-4 jam) sebelum dipotong dan dihidangkan.

  • *Dalam resepi Kuih Bingka Pandan ini, saya menyukat bahan-bahan dengan menggunakan sukatan metrik.
  • *Saya menggunakan 100g (15 helai) daun pandan.
  • *Boleh gantikan penggunaan susu cair dengan santan.
  • *Jika suka, boleh juga tambahkan sedikit kulit kayu manis semasa mengisar daun pandan.

Bau aroma wangi pandan dari resepi Kuih Bingka Pandan ini pasti memikat. Anda boleh jadikannya sebagai sarapan atau minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Published

on

Resipi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Resipi ni belajar dengan arwah mak dulu. Banyak kali dah buat, tetap tak sama rasa dengan yang arwah mak masak. Bersyukurlah sapa yang masih ada mak.

Bahan-Bahan:

  • Ayam seekor – Gaul garam kunyit dan goreng dulu, jangan garing sangat.

Bahan Blend:

  • Cili kering 2 genggam, akak campur dengan cili kering tak pedas (rebus dulu).
  • Bwg besar 1 setengah biji
  • Bwg putih 6-7 ulas
  • Halia setengah ibu jari
  • Belacan setengah ibu jari
  • Buah tomato size besar 2 biji

Bahan Tumis:

  • Tiga sekawan
  • Bwg besar sebiji hiris-hiris
  • Serai 1-2 batang titik kan
  • Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul (wajib ada)

Cara Memasak:

1. Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu, kemudian tuangkan bahan blend. Tumis hingga bahan-bahan menggaring dan pecah minyak.

2. Agak-agak nampak kurang miyak, tambahkan lagi sikit-sikit. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.

3. Dah cukup rasa dan sebati, last masukkan ayam goreng dan gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Haidah Md Said

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending