Connect with us

Resepi

Resepi Kuah Rojak Homemade Boleh Tahan Lama

Published

on

Buat sendiri kuah rojak dekat rumah, hasilnya dapat banyak bekas. Kalau masak dengan elok caranya memang boleh tahan lama. Nak makan, keluarkan dan cedok saje.

Bahan-Bahan:

  • segenggam cili kering (dipotong, dibuang bijinya dan dibasuh bersih serta direndam sekejap dengan air panas ya dalam 5 minit je pas tu toskan)
  • Belacan (cikpooja guna belacan melaka, ikut suka la nak letak banyk mana)
  • 1 cwn gula merah (bukan gula perang ye)
  • 3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn kicap (kicap yang dok makan dengan nasi tu)
  • 5 sb sos cili
  • 3 sb tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cwn air)
  • 2 sb garam (boleh boh sikit-sikit kalau takut masin)
  • 2 sb bijan
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara Memasaknya:

1. Cili, belacan, dan secawan air diblander sampai halus kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukkan sekali gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis. Masukkan juga gula pasir, kicap dan sos cili.

2. Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap, kang melimpah banjir pulak dapo kome, selalu kacau-kacau kuah tu ye. Bila kuah dah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya balance rasa dia.

3. Selepas tu, masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau-kacau sebati. Time ni memang kene kacau selalu guna api slow ye. Masak sampai kuahnya agak pekat.

4. Dah pekat barulah masukkan 2 sb bijan dan 2 sb kacang tanah yang diblander. Kacang blander yang lebih tu bila time nak makan, baru ditabur lagi atas rojak na. Masak lagi sampai pekat hitam memikat. Siap sudah.

Nota:

1. Tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas ye.

2. Kuah ni kalau betul-betul dimasak sempurna, InsyaAllah tak basi.

3. Simpan dalam peti sejuk ye (simpan suhu bilik pon ok, dia tak basi jika dimasak betul-betul sempurna)

4. Nak makan, keluarkan dan cedok aje okey!

Sumber: Cik Pooja

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending