Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal.

Published

on

Resepi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal.

Bayam Brazil ni memang banyak guna. Macam-macam hidangan boleh masak guna sayur ni. Masak lemak boleh, goreng belacan boleh, celup tepung pun sedap. Salah satu resipi mudah yang boleh cuba masak adalah Kerabu Bayam Brazil bersama Mangga perkongsian saudari Mimi Mahmud.

Sangat simple tapi rasanya sedap. Tengok gambar je pun nampak menyelerakan. Jom cuba.

CARA MASAK KERABU BAYAM BRAZIL BERSAMA MANGGA

ARTIKEL LAIN : Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji mangga epal – mayang halus
  • 1 cekak bayam brazil – bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kelapa parut anggaran RM1 ( dalam 1 cawan)
  • Santan RM1 ( anggaran 1 cawan)
  • Udang kepal secukupnya ( udang geragau kering)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat.

2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan.

3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.

Sumber : Mimi Mahmud

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending