Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kek Chiffon Pandan Tanpa Guna Ovalette Pasti Sedap Dan Wangi

Published

on

Resepi Kek Chiffon Pandan Tanpa Guna Ovalette Pasti Sedap Dan Wangi

Alhamdulillah, siap dah kek chiffon pandan orang lama tanpa guna ovalette. Kek chiffon pandan biasanya sedap dan wangi bila menggunakan daun pandan segar dan pati santan. Resepi saya terjemahkan dan olah dari blog “I eat, I shoot, I post”.

Bahan:

Bahagian A

  • 6 biji kuning telur
  • 100 gm gula castor – pukul hingga kembang.

Dalam bekas lain, satukan:

  • 140 ml santan
  • 115 ml minyak jagung
  • 2 sudu besar pati daun pandan (Saya blend 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air – perah)
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil esen pandan
  • 1/2 sudu kecil garam

– kacau rata semua bahan ini dan masukkan dalam adunan kuning telur. Pukul rata.

Ayakkan:

  • 180 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 2 sudu kecil baking powder

– gaul bahan ini ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil.

Bahan B:

  • 9 putih telur
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 100 gm gula castor

Cara membuat:

  1. Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk (macam dalam gambar kedua).
  3. Fold kan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati. Masukkan 1/3 lagi putih telur, aduk – ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur.
  4. Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan. Bakar 55 minit pada suhu 170 darjah C.
  5. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah oven. Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas oven.
  6. Selepas 55 minit, keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang supaya kek tergantung dan tidak kempis. Biarkan kek betul-betul sejuk baru dikeluarkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Alina Salleh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending