Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kaya Versi Homemade Tanpa Pengawet, Lebih Sedap Dan Asli

Published

on

Resepi Kaya Versi Homemade Tanpa Pengawet, Lebih Sedap Dan Asli

Tak puas makan roti atau biskut yang kosong, tapi anda pasti seronok tak terhingga jika dapat tahu resepi Kaya yang boleh dibuat di rumah.

Kaya merupakan panggilan dari Seri Kaya, sejenis sapuan manisan yang dimakan bersama roti, serta diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur.

Kaya banyak dijual di pasaran, tapi anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resepi Kaya yang dikongsikan oleh Mak Nani Itnan di Facebook ini.

RESEPI KAYA VERSI HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 biji kelapa (3 cawan santan)
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • ½kg gula pasir
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • ½ cawan gula (untuk dibuat gula hangus)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dan kacau sehingga gula larut, kemudian tapis adunan ini.

2. Masak ½ cawan gula tadi di dalam kuali dan kacau sehingga cair, tapi jangan terlalu hangus, kemudian masukkan adunan tadi secara pelahan kerana takut terpercik.

3. Kacau sehingga pekat dengan api dapur yang perlahan tanpa henti, tapi jangan tinggal kerana takut berketul. Siap untuk digunakan!

Selain dijadikan sebagai sapuan jem pada roti atau biskut, anda juga boleh gunakan hasilnya sebagai inti pau yang lazat.

Ramai yang berusaha untuk kurangkan perbelanjaan rumah dan resepi Kaya ini pastinya membantu anda untuk lebih berjimat dengan cara yang mesra poket.

Sudah tahu cara membuatnya, selepas ini tak perlulah beli di luar lagi, malah rasa air tangan sendiri lebih sedap dan asli.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang sangat sukakan jem.

Selamat mencuba!

Sumber : Mak Nani Itnan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Nasi Cepat Basi? Cara Simpan Nasi Yang Betul Supaya Tahan Lebih Lama di Rumah

Published

on

Nasi Cepat Basi? Cara Simpan Nasi Yang Betul Supaya Tahan Lebih Lama di Rumah

Nasi yang cepat basi selepas dimasak memang boleh jadi masalah biasa di dapur rumah. Kadang-kadang baru beberapa jam, bau sudah berubah, tekstur jadi pelik, dan akhirnya terpaksa dibuang. Situasi ini bukan sahaja membazir, tetapi juga merugikan kerana nasi masih sebenarnya boleh dimakan jika dikendalikan dengan cara yang betul.

Hakikatnya, nasi bukan mudah rosak tanpa sebab. Ia dipengaruhi oleh cara memasak, tahap kebersihan, dan yang paling penting ialah bagaimana nasi itu disimpan selepas dimasak. Dengan teknik yang betul, nasi boleh kekal lebih segar, selamat dimakan, dan tidak cepat basi.

Kenapa Nasi Boleh Cepat Basi?

Punca utama nasi cepat basi adalah pertumbuhan bakteria semula jadi yang boleh hadir pada beras, seperti Bacillus cereus. Apabila nasi dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama, bakteria ini akan membiak dengan cepat dan menghasilkan bau serta perubahan pada tekstur nasi.

Selain itu, faktor persekitaran seperti suhu panas, kelembapan, dan cara penyimpanan yang tidak betul juga mempercepatkan proses nasi menjadi rosak.

1. Bersihkan Beras Dengan Cara Yang Betul

Sebelum memasak, beras perlu dibasuh sehingga bersih untuk membuang habuk, kotoran halus, dan lebihan kanji. Ini bukan sahaja membantu menghasilkan nasi yang lebih elok teksturnya, tetapi juga mengurangkan risiko pencemaran awal.

Bilas beras beberapa kali sehingga air kelihatan lebih jernih. Langkah mudah ini memberi kesan besar kepada kualiti nasi selepas dimasak.

2. Gunakan Periuk dan Peralatan Yang Bersih

Kebersihan peralatan memasak memainkan peranan penting dalam menentukan ketahanan nasi. Periuk yang mempunyai sisa nasi lama atau kerak boleh menjadi punca bakteria membiak dengan lebih cepat.

Pastikan periuk, sudu, dan bekas penyukat sentiasa dicuci bersih sebelum digunakan.

3. Masak Dengan Sukatan Air Yang Tepat

Sukatan air yang tidak seimbang boleh mempengaruhi struktur nasi dan ketahanannya. Terlalu banyak air boleh menjadikan nasi lembik dan mudah rosak, manakala terlalu sedikit air pula boleh membuatkan nasi tidak masak dengan sekata.

Elakkan juga menambah bahan tambahan yang tidak memberi kesan sebenar kepada ketahanan nasi, seperti perahan limau atau bahan lain yang tidak terbukti secara saintifik.

4. Jangan Biarkan Nasi Dalam Mod “Warm” Terlalu Lama

Selepas nasi masak, ramai membiarkannya terlalu lama dalam periuk menggunakan fungsi “warm”. Walaupun ia nampak praktikal, suhu ini sebenarnya berada dalam julat yang sesuai untuk bakteria membiak.

Jika nasi tidak dimakan segera, lebih baik dipindahkan ke bekas lain untuk mengurangkan risiko cepat basi.

5. Cara Simpan Nasi Yang Paling Selamat

Untuk memastikan nasi tahan lebih lama, sejukkan nasi dengan cepat sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Elakkan membiarkan nasi berada pada suhu bilik dalam tempoh yang terlalu lama.

Nasi yang disimpan dalam peti sejuk boleh dipanaskan semula apabila diperlukan. Pastikan ia dipanaskan sehingga benar-benar panas bagi memastikan keselamatan makanan.

Kesimpulan

Nasi cepat basi sebenarnya boleh dielakkan jika kita faham cara pengendalian yang betul. Ia bukan bergantung kepada petua pelik, tetapi kepada asas kebersihan, teknik memasak, dan cara penyimpanan yang konsisten.

Dengan sedikit perhatian pada proses ini, nasi bukan sahaja lebih tahan lama, tetapi juga lebih selamat untuk dimakan tanpa pembaziran.

Continue Reading
Advertisement

Trending