Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kaswi Pandan Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut Bergedik

Published

on

Resepi Kaswi Pandan Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut Bergedik

Air tangan ibu mampu ikat kasih sayang keluarga. Tentu para ibu dan isteri sentiasa akan didorong untuk memasak agar dapat memberi kasih sayang dan membahagiakan keluarga.

Kuih legend seperti kaswi ni kalau buat seloyang pun gerenti habis. Rasa lemak manis pada kuih memang puas makan. Lebih enak bila digaul dengan kelapa putih. Hidang bersama kopi panas, cukup lengkap.

Salah satunya memasak hidangan yang lazat untuk dihidangkan kepada keluarga menjamu selera. Melalui perkongsian yang dipaparkan oleh Zura Zul yang berkongsi cara membuat kuih kaswi. Kepada penggemar kuih ini, boleh cuba cara puan ini.

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Talam Seri Muka, Ini Tip Supaya Hasil Kuih Talam Sedap Dan Cantik

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (6 – 7 helai daun pandan + 1 cawan air. Kisar dan tapiskan)
  • 2 3/4 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
  • Sedikit air kapur makan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam

Cara Memasak:

1. Bancuh semua bahan atau blender halus. Tapiskan

2. Loyang size 8.. sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit.

3. Tuang adunan dalam loyang. Kukus 30 minit.

4. Kalau ada wap air jatuh. terus lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih.

5. Tunggu betul-betul sejuk, baru potong & gaul dengan kelapa.

6. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Resepi Donut 1 Cawan Tepung Yang Cantik & Gebu Kejadiannya. Ngam Untuk 2 Orang Makan

Kredit: Zura Zul

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending