Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi

Published

on

Resepi Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi

Daging Goreng Kunyit adalah antara lauk sering dipesan oleh pelanggan di restoran yang menghidangkan masakan panas dan kami yakin anda merupakan salah seorang darinya.

Biasanya lauk ini akan dihidangkan secara kering saja, tapi kali ini kami terjumpa resipi dalam versi berkuah yang sangat memikat selera.

Cik Pooja telah sudi berkongsikan resipi Daging Goreng Kunyit Berkuah di Facebook dan hidangan ini cukup menarik untuk anda cuba di rumah.

RESIPI DAGING GORENG KUNYIT BERKUAH

Bahan-bahan:

  • ½kg daging (rebus dan potong nipis)
  • 1 labu bawang besar (potong membulat)
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit minyak masak
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • 1 cawan air

Cara-cara:

1. Mula-mula, campurkan daging tadi dengan serbuk kunyit, garam secukup rasa dan sedikit perasa, kemudian gaulkan daging tadi dan masukkan 1 cawan air.

2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan daging yang sudah digaul tadi, kemudian kacau-kacau dan tunggu sampai air kering sedikit.

3. Apabila air sudah kering sedikit, masukkan bawang besar dan cili padi, kemudian kacau sehingga sebati.

4. Masukkan minyak masak sedikit dan kacau-kacau sehingga ia sebati dengan kuah daging tersebut, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

Kami cadangkan anda menggunakan daging batang pinang dalam resipi Daging Goreng Kunyit Berkuah ini supaya lembut dan cepat masak.

Selain itu, anda boleh menggunakan cili padi Vietnam untuk menjadikan pedasnya lebih sedap dan terangkat selera.

Tak kisahlah nak jadikannya sebagai lauk makan tengah hari atau malam, tapi kami yakin keluarga anda di rumah akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber : Cik Pooja

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending