Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Cucur Manis Sticks Ala Churros Versi Kampung Ni Memang Sedap, Rangup Diluar Lembut Didalam!

Published

on

Resepi Cucur Manis Sticks Ala Churros Versi Kampung Ni Memang Sedap, Rangup Diluar Lembut Didalam!

Cucur manis sticks ini adalah perkongsian daripada Puan E-mah Najmah. Nak membuatnya sangat ringkas. Hanya menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama dan 3 bahan sampingan iaitu gula, garam dan minyak masak.

Namun hasilnya memang sedap. Rangup diluar gebu didalam. Habis licin diserbu anak-anak.

Mari ikuti resepi cucur manis stick ala churros versi kampung oleh Puan E-mah Najmah di bawah ini.

RESEPI CUCUR MANIS STICK ALA CHURROS VERSI KAMPUNG. SIMPLE SANGAT TAPI CONFIRM SEDAP!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Apom Lengang Yang Lembut, Tepi Rangup Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam

Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang.

Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Bukan main ligat kepala mak fikir nak masak apa. Maka terjadilah…

Cucur manis sticks!

Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Taklah malu sangat nak bagi laki makan.

Anak-anak pulak rasa macam churros katanya… Hehe. Laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan. Perghh layannn!

Di sini saya kongsikan resepinya.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

Mula-mula masak air, gula, minyak & garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.

Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.

Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.

Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.

Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat kat tangan ye.

Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana. Kat rumah ni anak-anak ramai, kena buat kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak.

Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang ya.

HASILNYA

Dah siap! luar rangup, tapi lembuttt je kat dalam. Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Atau nak buat bentuk lain, sukati hehe

Churos versi kampung sedap dik, rangup di luar, lembut di dalam

Cicah pulak dengan sos thai, nyummmm

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : E-mah Najmah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending