Connect with us

Resepi

Resepi Biskut Arab Legend Gebu Dan Cair Dimulut

Published

on

Biskut arab lejen tapi tetap ada peminatnya. Kalau ada yang suka boleh la try resepi yang sangat-sangat simple ni, kaknis kongsikan resepinya disini ye.

Bahan-Bahan:

  • 550 gm Tepung Gandum
  • 190 gm Minyak sapi tulen
  • 65 gm Butter/marjerin
  • 40 gm Gula icing
  • Sedikit gula castor untuk digaul nanti.

Cara Membuat:

1. Mula-mula sangai tepung gandum tapi kaknis bakar je dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160c sebab nak cepat hehe. Kemudian sejukkan dulu sebelum diayak.

2. Sebatikan minyak sapi dengan butter. Kemudian masukkan gula icing. Kacau rata. Masukkan pula tepung gandum yang diayak tadi sikit demi sedikit.

3. Sebatikan adunan-uli. Adunan biskut arab ni jangan terlalu keras atau lembik. Bila dah tak lekat kat tangan tu dah ok la tu. Tapi kalau lembut sangat, tambahkan lagi tepung gandum.

4. Bila dah siap uli, boleh lah bulat-bulatkan. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit (bergantung pada oven anda). Lepas masak, biarkan sejuk sebelum digaul dengan gula castor atau gula pasir halus.

Nak letak dalam papercup atau tidak ikut suka ye (adunan ni dapat lebih kurang 106pcs bergantung saiz kita buat). Selamat mencuba.

Sumber: Anis Awanis

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending