Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Bihun Goreng Tomyam, Ikut Aje Langkah Ini. 15 Minit Dah Siap!

Published

on

Resepi Bihun Goreng Tomyam, Ikut Aje Langkah Ini. 15 Minit Dah Siap!

Bihun goreng antara hidangan ringkas yang cepat yang boleh mak-mak sediakan. Biasanya mak-mak akan masak bihun goreng biasa kan? Jom apa kata kali ini cuba bihun goreng tomyam ni pula.

Hidangan mudah yang sedap sesuai untuk dijadikan santapan sarapan, minum petang atau makan malam. Nak menyediakannya juga sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang, mak-mak cepat jer nak buat!

Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak dan sedia untuk di nikmati.

Resepi Bihun Goreng Tomyam

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Mi Goreng Stail Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM :

  • Sebungkus bihun
  • 5 biji bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)*.
  • 3 batang serai (dititik biasa dia!)
  • Udang geragau segenggam – cuci bersih
  • Udang segar
  • Lobak merah – dihiris
  • Sayur sawi
  • 2 sudu pes thai tom yam

*Tip nak sedap guna pes thai tom yam ni.

(Klik SINI untuk beli pes thai tom yam di Shopee)

CARA-CARA MEMASAK UNTUK RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udangsegar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

INFO TAMBAHAN:

1. Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
2. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Cucur Dari Roti Pun Sedap Isi Penuh, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending