Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Ayam Kicap Mayonis, Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari

Published

on

Resepi Ayam Kicap Mayonis, Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari

Masakan ayam masak kicap memang sangat popular dalam kalangan masyarakat malaysia. Berbeza sedikit pekongsian oleh Fairuz Abu Hassan ini, asalnya sekadar cuba-cuba namun berhasil apabila masakan ayam kicap mayonis yang dimasaknya habis licin dimakan anak-anak dan suami.

Resepi ni Fairuz saja-saja cuba jer. AlhamduliLLAH kena dengan tekak cik suami dan anak-anak. Makan nasi bertambahh-tambahh

Jom ikuti perkongsian ini dibawah

RESEPI AYAM KICAP MAYONIS SEDAAP MENJIILAT JARI

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Sambal Bilis Tempoyak, Lauk Paling Senang Tapi Punyalah Sedap

Resepi ni korang bole jugak makan dengan ketupat ke,roti ke @ lemang. Kompom menjilatt jari hehe. Bahan-bahan dan cara buatt pun mudahh jer.

BAHAN-BAHANNYA

  • Kicap manis( Fairuz suka guna kipas udang)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Bawang putih 5 ulas dicincang haluss
  • Bawang besar (dipotong)
  • Serai 1@2 batang diketuk
  • Tomato 3biji (2 biji dicincang haluss,sebiji lagi potong dadu untuk hiasan)
  • Ayam yang telah siap digoreng.
  • Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak@ pun tidak)

CARA-CARANYA :

1. Tumis serai bagi garing.

2. Masukkan bawang putih,biar garing.

3. Bila dah garing, masukkan tomato cincang.

4. Masak sehingga tomato hancur, tambahh sedikit air.

5. Bila dah hancur, masukkan sos cili, kicap. Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin maniss boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.

6. Dah sebati barulah masukkan mayonis. Sukatann ikut suka, lagi banyak lagi pekat kuah.

7. Bila dah sebati mayonis tu, masukkan ayam, gaul lagi.

8. Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng, tomato yang di potong dadu dengan bawang besar.

9. Masak sampai pecah minyak k!

10. Siap untuk dihidang kan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Sumber/Foto : Fairuz Abu Hassan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras, Lebih Mudah dan Jimat Ruang!

Published

on

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras, Lebih Mudah dan Jimat Ruang!

Pokok keledek memang terkenal sebagai tanaman yang menjalar. Namun, tahukah anda bahawa tanaman ini sebenarnya tidak semestinya memerlukan kawasan tanah yang luas atau batas khas untuk membesar dengan baik?

Menariknya, keledek juga boleh ditanam menggunakan beg plastik beras terpakai. Walaupun menggunakan bekas yang ringkas, hasilnya tetap menggalakkan dan mampu menghasilkan ubi keledek yang banyak.

Kaedah ini sangat sesuai dicuba oleh mereka yang tidak mempunyai halaman rumah atau ruang kebun yang luas. Anda boleh mengikuti perkongsian cara tanam keledek kuning dalam plastik beras yang ditunjukkan oleh Jatye Atie Christie.

Daripada membiarkan beg plastik beras terpakai begitu sahaja, lebih baik manfaatkannya untuk bercucuk tanam. Selain mengurangkan pembaziran, anda juga berpeluang menikmati hasil keledek yang manis daripada tanaman sendiri.

Cara Tanam Keledek Dalam Plastik Beras Menggunakan Keratan Batang

Proses penanamannya tidak rumit dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Anda hanya perlu menyediakan beg plastik beras, campuran tanah dan keratan batang pokok keledek.

1. Sediakan Plastik Beras Terpakai

Gunakan beg plastik beras bersaiz 5kg atau 10kg sebagai bekas tanaman. Sebelum mengisinya dengan tanah, buat beberapa lubang pada bahagian bawah plastik supaya lebihan air siraman dapat mengalir keluar dengan lancar.

2. Masukkan Campuran Tanah ke Dalam Plastik

Sediakan tiga bahan utama, iaitu tanah hitam, cocopeat dan tanah biasa. Campurkan bahan-bahan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik beras yang telah disediakan.

Pastikan bekas mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan keratan batang keledek dan membolehkan tanaman membesar.

3. Tanam Keratan Batang Keledek

Setelah campuran tanah tersedia, ambil keratan batang pokok keledek dan cucukkan ke dalam tanah. Selain menggunakan batang, anda juga boleh memilih untuk menanam keledek menggunakan ubinya.

Pastikan keratan batang diletakkan dengan baik supaya dapat mula tumbuh dan mengeluarkan pucuk baharu.

4. Siram Tanaman dan Pastikan Mendapat Cahaya Matahari

Untuk memastikan pokok keledek terus hidup subur, lakukan penyiraman sekurang-kurangnya sekali sehari. Letakkan beg plastik berisi tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari.

Penjagaan secara konsisten penting supaya pokok dapat membesar dengan baik sehingga tiba masa untuk mendapatkan hasilnya.

5. Sediakan Pancang dan Tunggu Masa Menuai

Memandangkan pokok keledek mempunyai sifat pertumbuhan yang menjalar, sediakan pancang kayu sebagai tempat untuk menyokong pertumbuhannya.

Jika dijaga dengan baik, ubi keledek boleh mula dituai selepas kira-kira 3 bulan penanaman.

Lebih menarik, ubi keledek bukan sahaja boleh ditemui di bahagian atas, malah ada juga yang tumbuh di bahagian bawah beg plastik. Selepas selesai menuai, jangan buang batang pokok yang masih elok.

Ambil semula keratan batang daripada pokok keledek tersebut dan gunakan untuk penanaman seterusnya. Dengan cara ini, anda boleh meneruskan tanaman tanpa perlu sentiasa mendapatkan keratan batang yang baharu.

Tip Memotong Batang Pokok Keledek untuk Dijadikan Benih

Bagi anda yang ingin menggunakan kaedah keratan batang, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya proses penanaman dapat dilakukan dengan betul.

  • Pilih panjang keratan yang sesuai: Potong batang pokok ubi keledek dengan ukuran sekitar 20cm hingga 30cm.
  • Tanam secara menyerong: Masukkan keratan batang ke dalam tanah dalam keadaan condong.
  • Pastikan sebahagian batang berada di luar tanah: Biarkan kira-kira satu perempat daripada panjang keratan muncul di permukaan tanah.

Kaedah keratan batang ini merupakan salah satu cara mudah untuk membiakkan pokok keledek. Anda boleh menggunakan batang daripada tanaman sedia ada untuk menghasilkan tanaman baharu.

Manfaatkan Plastik Beras Terpakai untuk Tanam Keledek di Rumah

Rupa-rupanya, menanam keledek tidak memerlukan kawasan kebun yang besar. Dengan menggunakan beg plastik beras bersaiz 5kg atau 10kg, anda sudah boleh mencuba menanam keledek sendiri di rumah.

Kaedah ini bukan sahaja memudahkan urusan penjagaan, malah proses menuai hasil juga lebih praktikal kerana tanaman ditanam di dalam bekas. Selepas kira-kira 3 bulan, anda boleh mula memeriksa dan menuai ubi yang telah terbentuk.

Jadi, jangan terburu-buru membuang beg plastik beras yang sudah kosong. Cuba gunakan semula untuk menanam keledek dan nikmati hasil tanaman sendiri. Selepas menuai, keratan batang yang masih sesuai boleh ditanam semula untuk pusingan tanaman berikutnya.

Sumber: Jatye Atie Christie

Continue Reading
Advertisement

Trending