Connect with us

Tips Dan Petua

Jimat Kos Dan Berkesan Putihkan Wajah Dengan Beras Pulut

Published

on

Jimat Kos Dan Berkesan Putihkan Wajah Dengan Beras Pulut

Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.

Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.

Mesti ramai wanita dah berbelanja banyak untuk membeli produk putihkan wajah, nak pula yang banyak berada di luar kawasan terbuka. Kulit muka lebih mudah menjadi gelap dan kusam.

Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut

ARTIKEL LAIN : Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini, Petua Orang Dulu-Dulu

Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di fbknya.

Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

Bagi mereka yang masih mahu memilih produk putihkan wajah yang kita sendiri tak tahu apa bahan km1a yang digunakan boleh baca kesannya pada anda.

Lebih-lebih lagi dengan lambakan produk-produk murah putihkan wajah di pasaran kini yang kebanyakkannya membeli krim timbang kilo yang ternyata bhya untuk kulit anda.

Ini antara 5 kesan buruknya:

1. Knsr kulit

Krim putihkan kulit selalunya mengandungi dua km1a utama iaitu; hydroquinone atau merkuri. Tapi kebanyakan krim yang dijual di pasaran mengandungi koktail berbahaya seperti str01d dan trtin001n, di samping hydroquinone.

Sebatian ini mempunyai sifat krsin0genik dan penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit m4vt seperti knsr kulit dan ker0sakan hati.

2. Hiprp1gmntasi

Menggunakan hydroqvinone pada dos melebihi 2% untuk jangka masa lebih dari tiga bulan boleh menyebabkan kulit menjadi gelap secara kekal dan memerlukan rawatan lanjut.

Penggunaan produk pemutihan secara berlebihan boleh menyebabkan hyprp1gmnt4ti0n di bahagian jari, ibu kaki, telinga dan tempat lain menjadikan kulit menjadi lebih gelap dan warna kulit tidak sekata.

3. Menipiskan kulit

Penggunaan produk pemutihan berulang kali boleh menipiskan kulit. Keadaan ini dikategorikan sebagai lebam yang teruk, kapilari dan urat boleh dilihat dekat dengan kulit, tanda regangan dan masalah kulit serius yang lain.

4. Iritasi kulit

Hidroquinone berfungsi dengan menghalang reaksi enzim yang menyebabkan pengeluaran pgmen gelap (melanin).

Malangnya, hydroquinone adalah bahan yang cukup kuat dan menyebabkan iritasi kulit seperti kulit kemerahan, mengelupas, ruam, kekeringan dan pembakaran.

5. Keracvnan Merkvri

Satu dari risi ko berba haya pada penggunaan pemutihan kulit secara berterusan dan tidak dikawal ialah keracu nan mer kuri. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kera cu nan mer kuri boleh menyebabkan:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Ruam kulit
  • Parut dan perubahan warna kulit
  • Pengurangan ketahanan kulit untuk melawan jangkitan baktria dan kulat
  • Kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal (kerosakan s4raf periferal)
  • Sndrm Nefrtik (keadaan kadar protein yang tinggi dalam air kncing)

Penggunaan berterusan terhadap produk-produk murah lambakan pasaran putihkan wajah hanya akan membuatkan anda susah dari mendapat keputusan yang anda harapkan.

MASKER UNTUK PUTIHKAN WAJAH

Jom tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu besar beras pulut
  • 2 sudu besar Rose Bud
  • 1 sudu besar susu tepung
  • Sedikit air mawar

Cara-Caranya:

  1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
  2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
  3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
  4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
  5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.

Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

Jika anda baru hendak menggunakan produk putihkan wajah, harapnya artikel ini dapat membuatkan anda lebih berhati-hati sebelum menggunakan apa-apa produk. Sebab itu kami bersungguh kongsikan petua ini agar ada mempunyai alternatif yang lebih selamat untuk putihkan wajah anda.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Rupanya Salah Cara Syampu Punca Rambut Banyak Gugur. Kena Tukar, Ini 3 Teknik Bersyampu Yang Betul

Sumber: Siti Zainab

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending