Connect with us

Tips Dan Petua

Ramuan Semula Jadi Rawat Masalah Batuk Berlarutan, Rendam Limau Kasturi Bersama 2 Bahan Ini Dan Minum

Published

on

Ramuan Semula Jadi Rawat Masalah Batuk Berlarutan, Rendam Limau Kasturi Bersama 2 Bahan Ini Dan Minum

Batuk antara masalah kesihatan yang selalu kita alami. Tapi selalunya seminggu dua akan hilang. Cuma ada juga situasi masalah batuk ini berlarutan malah hingga makan bulan.

Makan ubat batuk yang diberi oleh doktor sudah, tapi tak juga reda. Bagi yang sedang mengalami masalah ini mungkin boleh cuba kaedah alternatif yang menggunakan bahan semula jadi perkongsian Nor Hasnah Abdul Kadir.

Beliau yang merupakan pesakit autoimmune biasanya mengalami masalah batuk yang sukar kebah. Namun inilah ramuan ubat batuk yang digunakan untuk meredakannya. Caranya turut beliau kongsi.

Ramuan Semula Jadi Rawat Masalah Batuk Berlarutan

Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah. So ini lah ubat batuk saya selama ni.

Petua ini diperoleh dari seorang kenalan, ia dikatakan ramuan ubat batuk kalangan kaum Cina sejak dulu. Kalau ada sahabat atau anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.

Bahan yang diperlukan;

  • 2 sudu makan madu
  • Air 3/4 balang
  • Limau kasturi dan asam boi sama banyak

Cara membuat:

1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.

2. Belah 2 limau tapi jangan putus.

3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.

4. Isi asam boi dalam limau.

5. Isi limau ke dalam air madu tadi.

Cara penggunaan

  • Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam dan minum ( cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan)
  • Lagi lama perap lagi bagus.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nor Hasnah Abdul Kadir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Published

on

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Harga bahan dapur seperti bawang merah semakin hari semakin meningkat. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari alternatif bijak dengan menanam sendiri bahan masakan di rumah.

Selain lebih jimat, bawang yang ditanam sendiri juga lebih segar, bebas bahan kimia dan boleh dituai bila diperlukan.

Perkongsian daripada Misnah Olo menunjukkan bahawa bawang merah sebenarnya sangat mudah untuk ditanam walaupun di kawasan rumah yang kecil.

1. Guna Bawang Merah Dari Dapur

Anda tidak perlu benih khas untuk memulakan tanaman ini.

  • Gunakan bawang merah biasa yang ada di dapur.
  • Potong sedikit bahagian jambul atau hujung atas bawang untuk merangsang pertumbuhan tunas.

Langkah ini membantu mempercepatkan proses keluarnya daun baru.

2. Sediakan Tanah Yang Sesuai

Tanah memainkan peranan penting dalam memastikan bawang membesar dengan baik.

  • Gunakan campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.
  • Pastikan tanah jenis gembur (peroi) dan mudah menyerap air.
  • Elakkan tanah yang terlalu padat kerana boleh mengganggu pertumbuhan bawang.

3. Cara Menanam Bawang

Proses menanam sangat mudah dan tidak memerlukan teknik rumit.

  • Tanam sebiji bawang pada satu lubang.
  • Benamkan sedikit sahaja bahagian pangkal bawang.
  • Jangan tanam terlalu dalam.
  • Jarakkan setiap pokok supaya bawang mempunyai ruang untuk membesar.

4. Penjagaan Harian

Selepas ditanam, bawang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan hasil yang optimum.

  • Boleh diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.
  • Siram dua kali sehari ketika awal pertumbuhan.
  • Apabila pokok sudah besar, cukup siram sekali sehari.
  • Elakkan air bertakung kerana bawang mudah rosak jika terlalu lembap.

5. Pembajaan dan Penjagaan Tambahan

Untuk memastikan bawang membesar dengan sihat:

  • Baja setiap dua minggu sekali.
  • Pastikan saliran tanah baik untuk mengelakkan reput.
  • Jangan petik daun bawang semasa proses pertumbuhan.

Daun yang sihat membantu proses pembentukan bawang di dalam tanah.

6. Tempoh Menuai Hasil

Biasanya, bawang merah boleh dituai selepas kira-kira 3 bulan.

Tanda-tanda bawang sudah matang:

  • Daun mula menguning
  • Daun kelihatan kering dan rebah

Pada ketika ini, bawang sudah sedia untuk dituai dan digunakan di dapur.

Penutup

Menanam bawang merah sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kos dapur, malah memberikan kepuasan apabila dapat menuai hasil sendiri.

Dengan teknik yang mudah ini, sesiapa sahaja boleh cuba menanam bawang merah walaupun hanya mempunyai ruang yang terhad di rumah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan hasil bawang yang segar dan berkualiti!

Continue Reading
Advertisement

Trending