Connect with us

Tips Dan Petua

Racun Organik Buatan Sendiri Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Guna Cili Padi

Published

on

Racun Organik Buatan Sendiri Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Guna Cili Padi

Mesti ramai yang stress kan bila tanaman tanaman tak menjadi. Tiba-tiba je semangat berkebun boleh
jadi down teruk!

Ada juga pokok cili jadi kerinting. Mungkin ada yang tak tahu, macam mana pokok cili boleh jadi kerinting?

Menerusi perkongsian daripada Azuan Abdullah ini, menjelaskan 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting iaitu thrip, afid, lalat putih dan hamama.

Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus.

PETUA BUAT RACUN ORGANIK BUATAN SENDIRI

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Air Booster Supaya Hasil Cili & Sayur Berganda ! Bancuh Serbuk Ini & Siram Ikut Aturan

Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri.
Kami panggil “Instant Control”.

Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili di rumah daripada jadi kerinting.

Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni. “Instant Control” ni anda boleh sendiri saja di rumah.

Ia sangat bagus dan berkesan. Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada di dapur rumah kita je.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg atau 1 bahagian bawang putih | pastikan bawang putih dibuang kulit ya
  • 1 kg @ 1 bahagian cili api
  • 1 ketul @ 100 gram sabun buku cap buruh/kapak
  • 10 liter @ 10 bahagian air

CARA-CARA:

1. Masukkan bawang putih ke dalam pengisar. Isikan air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter). Kisar
sampai hancur.

2. Tapis bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas tu sebagai Bekas A.

* Ulang kisar dan tapis hingga bawang putih habis.

3. Masukkan cili ke dalam pengisar. Tangkai tak perlu buang ya. Tambah air secukup rasa (air diambil dari stok 10 liter). Kisar sampai hancur.

4. Tapis dan masukkan ke dalam bekas. Kita labelkan bekas ni sebagai Bekas B. * Ulang proses kisar dan tapis hingga cili padi habis.

5. Ricik sabun buku halus-halus. Tujuannya supaya nak cepat hancur bila kita rebus nanti.

6. Masukkan air ke dalam periuk (air dari stok 10 liter) Panaskan air hingga mendidih.

7. Bila air dah mendidih, masukkan semua sabun tadi. Kacau hingga semuanya hancur.

8. Bila dah hancur. Tuangkan air sabun tadi ke dalam bekas C. Tambahkan baki air (daripada 10 liter, jika ada). Tuangkan semua cecair bawang putih dari Bekas A ke dalam Bekas C.

9. Tuangkan semua cecair cili api dari Bekas B ke dalam Bekas C.

** Proses campuran ini kena cepat sebab larutan sabun akan jadi pekat dan keras bila dah sejuk dalam keadaan kepekatan yang tinggi.

10. Kacau campuran tadi hingga sebati.

11. Yeay. Dah siap “carrot susu” ni. Boleh guna terus ya, tak perlu nak peram bagai. Untuk simpanan, letak di tempat redup dan terlindung daripada cahaya matahari. Boleh tahan 6-12 bulan.

12. Gambar yang dilihat di bawah mikroskop. Afid @ kutu daun jadi pecah perut dan kering. Kredit kepada Sifu saya, Tuan Ahmad Saif. Beliau yang buat pemerhatian ini.

CARA GUNA PADA POKOK TIMUN:

*20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut kuantiti air. Boleh juga dicampurkan bersama dengan:

  • Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
  • Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
  • Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air

Tambahkan 2ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat. Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau
lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.

CARA GUNA PADA POKOK CILI:

*20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut
kuantiti air. Boleh juga dicampurkan bersama dengan:

  • Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
  • Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
  • Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air.

Tambahkan 2ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat.

CARA GUNA PADA POKOK LIMAU KASTURI:

*20 ml + 1 liter air. Jika nak guna untuk kawasan luas, boleh darab sendiri ikut
kuantiti air. Boleh juga dicampurkan bersama dengan:

  • Cuka kayu : 2-3 ml untuk 1 liter air
  • Mol buah : 2-3 ml untuk 1 liter air
  • Mol ikan @ FAA : 5 ml untuk 1 liter air

Tambahkan 2ml sunlight untuk 1 liter air sebagai perekat. Sembur 1 minggu sekali pada awal pagi atau
lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3 hari direct.

Sembur 2 hari sekali pada awal pagi atau lewat petang. Jika ada tanda kehadiran perosak, sembur 3-5
hari direct.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Haa puskan Rumput Liar Di Halaman, Guna Cuka Dan Sabun Pencuci Saja!

Sumber: Azuan Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending