Connect with us

Tips Dan Petua

Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan

Published

on

Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan

Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.

Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.

Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.

ARTIKEL LAIN : ‘Petua Orang Tua-tua’ Cara Mudah Tan4m Pokok Kunyit Supaya Daunnya Cantik Subur

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.

Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.

Cara letak pokok Jeremin supaya lebih berkesan halau nyamuk

Pokok ini perlu diletakkan di tempat redup kerana pendedahan pada cahaya matahari terik akan merosakkan daunnya.

Sebaiknya letak di tingkap atau di tepi pintu rumah. Sebabnya angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella dari daunnya akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella inilah tidak disukai oleh nyamuk.

Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau dari tanaman ini.

Cara biakkan pokok

Pokok jenis ini boleh dibeli di nurseri dan kemudian boleh dibiakkan sendiri supaya boleh diletakkan di beberapa penjuru rumah.
Cuma kerat batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Pokok ini perlu disiram paling kurang sehari sekali.

Boleh tanam pokok ini juga

Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.

  1. Serai wangi
  2. Pudina
  3. Selasih/ Kemangi
  4. Pokok Bunga Tahi Ayam

Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Kerja Ikat Bata Dan Plaster Ini Rujukan Sukatan Bancuh Simen

Sumber: Anim Hosnan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending