Connect with us

Tips Dan Petua

Petua Masak Sardin Tak Meletup, Masukkan Sesudu Bahan Ni. Confrim Tak Meletup!

Published

on

Petua Masak Sardin Tak Meletup, Masukkan Sesudu Bahan Ni. Confrim Tak Meletup!

Sardin antara menu hidangan ringkas yang menjadi kesukaan ramai. Satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi putih. Memang cukup berselera dibuatnya!

Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu, sardin akan bertambah sedap jika digoreng terlebih dahulu.

Tapi ramai yang risau kerana ikan sardin akan meletup-letup apabila digoreng? Jangan risau, ada petua untuk menggelak ia berlaku. Nak tahu tipsnya, mari ikuti perkongisan di bawah ini.

PETUA GORENG IKAN SARDIN SUPAYA TAK MELETUP-LETUP

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Lengat, Nikmat Sungguh Makan Bila Digoreng. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Petuanya hanya tambahkan 1 sudu tepung beras ke dalam minyak gorengan. Confrim tak meletup!

Selepas dah garing boleh angkat dan masak ikut kesukaan. Antara resepi yang boleh anda cuba adalah Sardin Cili Padi perkongisan resepidapurkakshaz ni. Memang lain dari yang lain. Kena cuba!

SAMBAL SARDIN RESEPI ARWAH IBUKU

Ni kalau makan confrim tak toleh kiri dan kanan

Semoga resepi ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sardin Secara ‘Homemade’. Tak Perlu Beli Sardin Tin Lagi

Sumber/Foto : Tiktok @resepidapurkakshaz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending