Connect with us

Tips Dan Petua

Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

Published

on

Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

Memandu kereta manual pasti melecehkan dan sukar bagi individu yang tidak berkebolehan untuk memandu kenderaan manual berbanding auto.

Tetapi, memandu manual lebih berbaloi kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar dan prestasi kenderaan lebih mantap dengan transmisi manual. Namun, ada beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu kenderaan manual dan ia merupakan kesalahan yang besar.

Jika anda seorang pemandu kereta manual, anda akan tahu di kereta manual, semuanya tentang ‘clutch’ dan gear. Jadi ini 5 tabiat yang perlu anda elakkan untuk memastikan dua bahagian ini lebih terjaga.

Pemandu Manual Jangan Buat Seperti Ini Ketika Memandu

ARTIKEL LAIN : Ini Beberapa Punca & Penyebabnya, Bila Kereta Berhenti Je Aircond Terus Tak Sejuk

1 – Jangan gunakan batang gear sebagai tempat ‘merehatkan tangan’

Menggunakan batang gear sebagai tempat ‘menyantaikan’ tangan boleh menyebabkan satu komponen gear haus (lebih spesifik, trans-axle shift forks). Gambaran ringkasnya, jika anda meletakkan tangan di atas batang gear, anda sedang menekan satu komponen statik (gear forks) kearah satu komponen yang sedang berputar.

2 – Jangan letakkan kereta dalam keadaan ‘bergear’ ketika menunggu di lampu isyarat

Tabiat ini sangat-sangat perlu dielakkan. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan komponen clutch anda cepat haus (sebab selalu tekan) malah ia juga boleh membahayakan jika anda secara tidak sengaja terlepas kaki dari ‘clutch’.

3 – Jangan gunakan ‘clutch’ dan pedal minyak untuk mengimbangi kereta anda ketika menaiki bukit

Sesetengah kita suka melakukan tabiat ini. Mengimbangi kereta menggunakan clutch dan juga minyak. Namun Fenski berkata ia adalah tabiat yang buruk. Rasionalnya? Perbuatan itu akan merosakkan bahan geseran (ferodo) yang ada di ‘clutch disk’. Dan ianya mahal untuk ditukar. Jadi lebih baik brek pad yang haus.

4 – Jangan ‘heret’ enjin ketika gear tinggi.

Kadang-kadang, kita tersilap masuk gear tinggi ketika RPM masih lagi belum optimun. Disebabkan rasa malas, kita tidak menukar kembali ke gear yang lebih rendah. Namun , perbuatan ‘remeh’ ini akan memendekkan jangka masa ‘clutch’ dan juga meningkatkan pengumpulan habuk di dalam enjin.

5 – Jangan letakkan kaki anda di atas ‘clutch’ ketika memandu

Apabila anda meletakkan kaki anda pada pedal ‘clutch’, berkemungkinan clutch anda itu tidak benar-benar terangkat dari sistem transmisi. Ini boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi selain ‘clutch’ anda juga turut akan haus.

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Semoga Manfaat!

Sumber : Youtube

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending