
Selepas khabar angin mengatakan bahawa pemain sayap Terengganu, Mohammad Faisal Bin Abdul Halim bakal Selangor akhirnya terjawab pada hari ini.
Beliau sah akan bersama skuad ‘The Red Giant’ pada musim 2023/2024. Faisal Halim diumumkan secara rasmi sebentar tadi menerusi akaun Twitter Selangor FC.
Faisal merupakan antara tonggak utama pasukan Terengganu sehingga berjaya membantu pasukan Pantai Timur itu mara ke pentas Asia.
Faisal Halim ke Selangor FC
The moment that weβve been waiting forβ
π΄π‘ Faisal Halim #IsREDπ΄π‘
π Welcome to Selangor FC, Faisal Halim! π΄π‘#MKLK pic.twitter.com/LmZRu7gGyO
β Selangor FC (@selangorfc) December 22, 2022
Perpindahan pemain ini ke Selangor mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.
Beliau bersama pengendali pasukan Terengganu, Nafuzi Zain tidak akan bersama skuad tersebut walaupun berjaya menduduki tempat ke-2 Liga Super 2022.
Kontrak Faisal Halim
Sehingga kini tiada lagi maklumat rasmi mengenai kontrak pemain tersebut bersama pasukan Selangor. Namun difahamkan bahawa Faisal telah ditawarkan kontrak selama 2 tahun bersama Selangor dibawah bimbingan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Antara pemain lain yang turut bersama pasukan Selangor musim hadapan adalah pemain bintang Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee.
Kedua-dua pemain ini sedang bersama skuad Kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala AFF 2022.
Leave a Reply