Connect with us

Tips Dan Petua

Nak Elakkan Kucing Kencing Begini Rupanya Petua Air Botol Menjadi

Published

on

Nak Elakkan Kucing Kencing Begini Rupanya Petua Air Botol Menjadi

Masalah kucing kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekali tak mengapa kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Jadi macam mana nak elakkan kucing kencing. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa.

Bukan apa, bau kucing kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dan cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.

Penggunaan coklat bar yang jadi vral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus di fbk mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat!

Caranya mudah sahaja:

  • Bancuh air dengan pewarna seperti sirap.
  • Isikan air tersebut ke dalam botol plastik.
  • Letakkan pada kawasan yang ‘bertanda’ si bulus kita.

Isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah. Biar nampak cantik sikit. Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Letak sekerap yang boleh seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba!

Cuba Empat Cara Ini

Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini.

Ketahui juga Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur

1. Cuka

Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering.

2. Bahan Peluntur

Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya.

3. Serai

Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan.

Baca juga Resepi Cucur Manis Sticks Ala Churros Versi Kampung Ni Memang Sedap, Rangup Diluar Lembut Didalam

4. Lada Hitam

Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing. Panas kucing memang tak suka.

Sumber: myinfomaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending