Connect with us

Tips Dan Petua

Kalau Tak Nak Santan Pecah Minyak Ikut 5 Tip Ini Ketika Masak Gulai

Published

on

Kalau Tak Nak Santan Pecah Minyak Ikut 5 Tip Ini Ketika Masak Gulai

Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan merupakan bahan utama dalam masakan Melayu. Tanpa santan, makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang, gulai dan kari pasti tidak cukup sifat. Kadang masak santan pecah minyak macam mana tak nak santan pecah minyak

Malangnya, bukan senang nak masak menggunakan santan. Disebabkan sifatnya yang penuh lemak, kita kadangkala dicabar dengan masalah santan pecah minyak.

Walaupun masih boleh dimakan, ia nampak agak kurang menyenangkan. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan masalah ini ya?

Gunakan 5 tip di bawah untuk mengelakkan santan pecah minyak:

1. Gunakan api yang sederhana

Pastikan kuah santan anda direneh pada api yang sederhana dan elakkan daripada mendidih. Kuah santan yang dididih pada api yang besar akan menyebabkan santan pecah minyak.

Ketahui juga Cara Buat Kuih Puteri Mandi Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ini Dijamin Tak Liat

2. Kacaukan santan dengan kerap

Kacaukan santan dengan perlahan dan konsisten supaya santan dicampur sebati dengan kuah. Elakkan daripada mengacau santan dengan terlalu laju kerana ia akan mengakibatkan kandungan minyak dari santan keluar dengan cepat dan meme cahkan teksturnya.

3. Masukkan santan cair sebelum santan pekat

Terdapat beberapa jenis santan iaitu santan cair dan santan pekat. Jika resepi anda menggunakan kedua-dua jenis santan, tumiskan santan cair dengan bahan-bahan lain terlebih dahulu. Masukkan santan pekat setelah santan cair sudah mereneh.

4. Gunakan santan segera

Santan segar lebih cenderung untuk pecah lemak berbanding santan segera. Ini kerana santan segera mengandungi penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya.

Baca juga Kerabu Kaki Ayam Cara MUDAH, Memang Sedap Ratah Gitu Je

5. Campurkan tepung beras

Sebelum menggaulkan santan dengan kuah, campurkan satu sudu besar tepung beras dengan santan dan kacau sehingga larut. Masukkan campuran santan dan tepung beras ke dalam kuah untuk menghasilkan kuah yang lebih sempurna.

Dengan menggunakan tips ini, anda tidak lagi akan mengalami masalah santan pecah minyak. Anda mempunyai petua untuk dikongsikan juga? Beritahu kami di ruangan komen di bawah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending