Connect with us

Tips Dan Petua

Ikut Tip Dari Wanita Ini Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap Dan Lembut

Published

on

Ikut Tip Dari Wanita Ini Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap Dan Lembut

Tak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik! Kini anda tak perlu guna beras mahal untuk dapat yang nasi sedap.

Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan ‎Mastu‎ra Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom cuba.

Tak ada resepi ha4v0c nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.

Ketahui juga Peti Ais Kurang Sejuk Lelaki Ini Kongsi Cara Servis Dengan Modal RM12 Je

Tak perlu guna beras mahal untuk dapat nasi sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.

Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahan bahan yang diperlukan:

  • Beras (cap apa pun tak pe)
  • Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
  • Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
  • Daun pandan

Cara:

  • Basuh beras macam biasa
  • Masukkan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.

Tips sukat air

Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.

Baca juga Resepi Ayam VaruVal, Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari

Ok tu je resepi simple saya kongsi la kalau rasa bermanfaat.

Sumber: Puan ‎Mastu‎ra Khalid

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam. Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’

Published

on

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam. Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’

Ayam goreng memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas. Sama ada buat ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah.

Tapi kalau nak lain sikit dan sedap boleh cuba ayam goreng kari pula. Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya memang lain macam. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin

Ayam Goreng Kari Ini Sedapnya Memang Lain Macam

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam

Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa

Bahan B:

  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung gandum

Cara membuat

1. Kisar kesemua bahan A.

2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.

3. Perap selama sejam.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber : Bella Shabudin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending