Connect with us

Tips Dan Petua

Modal Rendah Saja Boleh Buat Sendiri Accent Wall Pada Dinding Rumah Yang Kosong

Published

on

Modal Rendah Saja Boleh Buat Sendiri Accent Wall Pada Dinding Rumah Yang Kosong

Hiasan dinding daripada kayu yang diatur dengan corak tersendiri. Selain cantik, accent wall ini juga lebih murah dan paling penting boleh dibuat sendiri. Caranya dikongsi oleh Adam Juni.

Port untuk bergambar

Kalau rumah tu rasa kosong, nak buat wainscoting atau panggil ID untuk deco belum berkemampuan lagi, boleh la cuba buat sendiri accent wall ni. At least boleh ada la port untuk bergambar!

Buat yang berminat nak buat sendiri, saya sediakan step by step di setiap gambar.

ARTIKEL LAIN : Modal Beli Plywood Je Buat Sendiri Almari Buku Besar “Gedabak’. Cuma RM480 Dapat 2 Almari

Barang yang diperlukan:

  • Kertas pasir tu kasar dan halus. Sekeping sudah.
  • Sesiku L tu boleh ganti dgn jangka sudut.
  • Penmbak gam tu kene beli la, kang nanti jenuh nak tunggu silicon tu x kelua kelua.
  • Gergaji tu pakai je ape yang ada.
  • Pensel dgn pengorek auto tu penting. Buat garisan kat kayu ni, laju je pensel tu haus.

Kalau ade bajet, ganti masking tape tu dengan Nippon Washi Tape. Order kat shopee sudah, hardware ni memanjang x de stock.

Amik la meja yang paling cikai untuk buat alas tempat kerja. Takkan la gergaji kat lantai pulak kan. Cat tak masuk sebab belum beli lagi.

Total semua ni termasuk cat dalam RM150.

Ni pulak kayu spin nama dia. Hardware yang besar sikit ada jual. Kalau boleh pilih sendiri sebab ko boleh la pilih yg lurus dgn smooth permukaan dia. Beli la lebih sikit buat spare. saya beli 22 batang. Sebatang 6 kaki. Saiz 1 inci x 1/2 inci. Harge 2 ringgit lebih sebatang. So total dalam RM 50.

Design pilihan untuk accent wall

Kita mulakan dgn ukuran dinding (dalam cm, inci dan kaki) dan yang paling penting ialah design yang mana menjadi puujaan hatimu.

Cara membuat

1. Ni dinding yang asal suci murni

2. Dah boleh mula lekat kan kayu tu ikut design dan ukuran asal. Boleh je kalau nak cat dulu. Kayu kena la sambung sikit untuk jadikan panjang. Ye la kan die jual panjang 6 kaki.

3. Ha dah siap lekat dan potong hujung-hujung yang berkenaan tu. Pakai jangka sudut tu lagi senang dari sesiku L sebenarnya. Murah pulak tu.

Bulat kat atas tu, namanya spacer. Buat la 2 batang. So bila nak letak kayu tu, parking spacer tu kat belah hujung, maka terletak cantik la kayu tu. Tak payah la nak ukur satu-satu space antara kayu tu kan.

4. Dah setel, cabut semua kayu utk proses sanding

5. Nampak tak marking setiap posisi kayu. Buat 3 marking.

  • 1 kat layout design
  • 1 kat kayu tu
  • 1 kat dinding

So tak de la mengagau carik kayu yang mana untuk part yang mana kat dinding.

6. Ni ada gambar time tengah cabut kayu sekali dgn buat marking.

7. Lepas tu cat la dulu dinding ikut warna yang dah dipilih. Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding.

Gambar ni aku dah lekat balik kayu tu kat dinding. Untuk kayu yang degil tak nak lekat, paku kan saja. Antara joint kayu tu, letak wood filler. So cantikla sambungan dia.

8. Cat kayu ikut warna background. Lepas touch up mana-mana yang comot. Maka selesailah accent wall @ feature wall bermodalkan RM 200.

SIAP ACCENT WALL

Info tambahan

Ni gambar masa proses sanding. Tengok gambar putih tu lepas sanding. Kan flawless. Yang pink keadaan sebenar dari kedai. Ada yang siap bergerigi. Kalau boleh, pergi pilih kayu tu sendiri.

Semoga Manfaat!

Sumber : Adam Juni

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Published

on

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.

Resipi Acar Tumis Ikan

Bahan-bahan

  • 1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Timun -dipotongBawang besar -dimayang
  • Cili padi
  • Halia
  • Cuka
  • Garam
  • Guna
  • Serbuk perasa

1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.

2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.

Sumber : Adawiyah Abdul Rahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending