Connect with us

Tips Dan Petua

Masalah Pepijat Bersarang Di Tilam Basmi Dengan Cara Ini Berkesan

Published

on

Masalah Pepijat Bersarang Di Tilam Basmi Dengan Cara Ini Berkesan

jika sekali rumah anda telah diserang makh luk perosak ini, memang amat susah untuk hapvskannya. Pepijat tilam boleh hidup dalam apa jua keadaan. Badan yang leper membolehkan mereka untuk masuk ke celah-celah dan lubang-lubang kecil pada perabot serta tilam.

Walaupun pepijat tidak membawa penya kit merba haya, mereka meninggalkan kesan merah yang amat gatal daripada gigitan yang boleh membangkitkan perasaan tidak selesa dan amat mustahil untuk tidur dalam keadaan gatal-gatal sebegitu.

Tetapi tunggu dulu! – sebelum anda buang tilam yang telah dijangkiti pepijat tilam, ikuti langkah ini;

ARTIKEL LAIN : Dah Puas Buat Macam-macam Cara, Sudahnya Ini Juga Paling Berkesan Nak Tangkap Cicak

1. Pemeriksaan secara menyeluruh

Buat pemeriksaan secara menyeluruh untuk mencari kawasan yang bermasalah. Pepijat katil biasanya boleh ditemui berhampiran dengan kawasan tidur anda. Sukar untuk terima kenyataan ini, tetapi manusia (dan haiwan) adalah sumber makanan mereka.

Mulakan dengan katil anda, periksa semua sarung bantal, tilam dan di sekitar bingkai katil. Jangan lupa periksa juga perabot yang terletak berdekatan, seperti meja sisi katil dan kusyen pada sofa.

Apa yang perlu dicari semasa proses pemeriksaan:

  • kotoran berwarna coklat bersaiz sangat kecil seperti pin pada cadar atau tilam yang disebabkan oleh pepijat katil yang telah m4 ti terpenyek.
  • bintik-bintik hitam seperti percikan dakwat pen menandakan kesan na jis pepijat.
  • telur kuning pucat dan kulit telur, juga bersaiz sangat kecil seperti pin.
  • pepijat yang masih hidup.

Selepas mengenalpasti kawasan bermasalah, segera rancang pelan kawalan mengha pus pepijat. Dan jika anda tinggal di rumah sewa, maklumkan pada tuan rumah, terutamanya jika perkara ini menjejaskan kawasan kejiranan.

2. Proses penyingkiran

Mulakan proses penyingkiran pepijat tilam. Untuk menangani k3s-k3s serius, terdapat banyak rawatan ki mia yang kasar dan merba haya. Tetapi sebagai alternatif menggunakan bahan yang lebih selamat, anda boleh pertimbangkan salah satu cara ini.

Pindahkan barang yang dise rang pepijat tilam kedalam beg plastik supaya ia tidak merebak ke kawasan lain sebelum memulakan langkah pengha pusan dengan bahan-bahan dibawah:

Haba : Ambil kesemua kain pelapik katil serta bantal termasuk yang berada disekitar katil dan perabot dan masukkan ke dalam mesin basuh. Gunakan air bersuhu panas sehingga 70 darjah celcius dan tetapkan kitaran selama lebih kurang 45 minit.

Setelah selesai, masukkan pula kesemuanya kedalam mesin pengering selama 30 minit pada tetapan yang tinggi. Ini akan membv nuh mana-mana telur pepijat yang bersembunyi di dalam linen anda.

Beku : Masukkan item yang dijang kiti ke dalam beg plastik dan letakkan beg tersebut dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 10 jam. Suhu yang rendah higga tahap beku juga boleh membv nuh pepijat.

Baking Soda: Tuangkan baking soda ke dalam mangkuk dan gunakan berus cat untuk menyapu soda ke kawasan yang mungkin didiami pepijat tilam. Ratakan juga pada katil dan biarkan selama seminggu sebagai usaha untuk membv nuh pepijat dan telurnya

3. Vacuum

Vacum keseluruhan kawasan dengan teliti bagi memastikan pepijat tilam benar-benar sudah diha puskan. Vakum kesemua tempat sekitar katil dan perabot anda dengan kuat di kesemua lapisan, lipatan, celahan dan retakan yang ada.

Selepas vacum, segera bawa keluar dari rumah kandungan vakum tersebut untuk dibuang di luar rumah. Jangan lupa curahkan air panas mendidih pada sisa vacum yang dibuang tadi.

Lakukan aktiviti ini sekerap yang mungkin sehingga tiada lagi pepijat yang selamat.

4. Langkah pencegahan

Selepas sesi pengh4pvsan pepijat tilam, jangan lupa dengan langkah-langkah pencegahan.

  • Pastikan terdapat jarak antara katil dengan dinding atau meja sisi
  • Beli sarung tilam anti pepijat, kemaskan setiap penjuru dan elakkan sarung dari menyentuh lantai.
  • Pasangkan perangkap pepijat disekitar kediaman.

Jika perkara ini terlalu berat dan memudaratkan anda sekeluarga, dapatkan bantuan dengan menghubungi pihak yang lebih professional. Semoga berjaya!

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Petua Berkesan Untuk Halau Ular & Serangga Dalam Rumah!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending