Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Santan Kotak Buat Masak Nasi Lemak Ini Kaedah Betul Baru Hasil Wangi Dan Masak Sekata

Published

on

Guna Santan Kotak Buat Masak Nasi Lemak Ini Kaedah Betul Baru Hasil Wangi Dan Masak Sekata

Bagi yang selalu tak menjadi nasi lemak bila guna santan ini boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Emilia ini.

Nak cepat masak nasi lemak, kita akan guna santan kotak. Tapi ramai yang mengadu hasilnya tak cantik, masak tak sekata, lembik dan kurang wangi.

Rupanya cara berbeza untuk masak nasi lemak jika guna santan jenis ini. Menurut Emilia cara ini digunakan oleh ayahnya yang juga peniaga nasi lemak.

Cara masak nasi lemak guna santan kotak

ARTIKEL LAIN : 3 Cara Mudah Tajamkan Kembali Pisau Blender Yang Tumpul

Bahan-bahan

  • 3 tin susu – beras biasa (kuantiti kuantiti ikut suka)
  • Halia – ditumbu
  • 5 helai daun pandan – gunting pendek
  • 1 – santan kotak pek kecil
  • Garam
  • Minyak masak

Cara memasak

1. Basuh beras dan sukat beras.

2. Letak beras tadi dalam bekas lain, atau tos. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.

3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.

4. Masukkan halia, daun pandan, garam

5. Masukkan minyak masak, dalam 3 sudu besar. Fungsi minyak masak supaya nasi lemak kita yang dah masak nanti cantik hasilnya sebiji-sebiji dan tak lembik.

Nota: Sila periksa selalu bila dah tekan suis masak nasi. Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama, nanti santan akan pecah. Nasi tak cantik.

6. Dah masuk semua bahan tadi, terus letak kat tempat masak nasi. Tekan suis masak nasi macam biasa. Beras jangan masuk dulu ya. Supaya bila dah menggelegak air santan dan daun pandan maka wangilah nasi lemak itu nanti.

7. Bila dah menggelegak, boleh masukkan beras yang tos tadi. Kemudian dalam 5-6 minit sekali kacau atau godak semua supaya sekata dengan santan.

8. Tadaaa…dah siap dah nasi lemak santan kotak semerbak wangi.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

ARTIKEL LAIN : Goreng Sosej Tak Kecut Dan Kurang Minyak Ikut Cara Ini Baru Sedap

Sumber: Emilia Coway

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending