Connect with us

Tips Dan Petua

‘Macam Orang Dulu-Dulu’ Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur. Kerak Tebal Lagi Best

Published

on

‘Macam Orang Dulu-Dulu’ Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur. Kerak Tebal Lagi Best

Kuih Bak4r Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun bagi yang mengaIami aIahan, agak susah nak jumpa Kuih Bak4r Pandan yang dimasak tanpa menggunakan telur namun mempunyai tekstur yang sempurna serta menepati selera dan citarasa.

Ada yang nak cuba buat sendiri guna resepi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim ni? Tak susah pun. Jom cuba!

RESEPI KUIH BAK4R PANDAN TANPA TELUR

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan gula
  • 2 cawan santan
  • 3 1/2 cawan air daun pandan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan dalam bekas dan ka.cau hingga sebati serta tidak berketul.

Tapis campuran tepung supaya adunan yang dihasilkan lebih mulus.

Ambil loyang yang bersesuaian. Sapukan marjerin dengan banyak di permukaannya.

Tuang adunan Kuih Bak4r Pandan tadi.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bak4r pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kerak kuih menjadi garing.

Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipot0ng serta dinikmati.

Sumber : Nuraishah Binti Ibrahim Via Rasa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Siram Pokok Sayur Dalam Polibeg: Elak Akar Rosak & Putik Buah Busuk

Published

on

Tip Siram Pokok Sayur Dalam Polibeg: Elak Akar Rosak & Putik Buah Busuk

Menanam sayur dalam polibeg semakin menjadi pilihan ramai kerana ia lebih mudah diurus, tidak memerlukan ruang besar, dan sesuai untuk kawasan rumah. Namun begitu, penjagaan tanaman dalam polibeg sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih teliti, terutama dari aspek penyiraman air.

Kesilapan dalam menyiram boleh menyebabkan pokok cepat layu, akar rosak, malah putik buah boleh gugur atau busuk sebelum sempat matang. Oleh itu, teknik siraman yang betul sangat penting untuk memastikan tanaman kekal sihat dan subur.

Berikut adalah panduan siraman pokok sayur dalam polibeg yang boleh diamalkan di rumah untuk hasil tanaman yang lebih baik.

1. Siram Hanya Dua Kali Sehari

Untuk tanaman dalam polibeg, siraman yang ideal adalah dua kali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi dan petang. Ini sudah mencukupi untuk mengekalkan kelembapan tanah tanpa menyebabkan ia terlalu basah.

2. Waktu Terbaik Siram Pada Pagi Hari

Waktu pagi sebelum jam 9 adalah masa paling sesuai untuk menyiram pokok. Pada ketika ini, liang kecil pada daun (stomata) sedang aktif terbuka, membolehkan air diserap dengan lebih efektif oleh akar.

Air yang mencukupi pada waktu pagi juga membantu pokok menjalankan proses fotosintesis dengan lebih baik sepanjang hari.

3. Siraman Petang Yang Tepat

Untuk waktu petang pula, siraman disyorkan sekitar jam 4.00 hingga 5.00 petang. Ini membolehkan tanah menyerap air dengan baik sebelum malam tiba.

Elakkan menyiram terlalu lewat kerana tanah yang terlalu lembap pada waktu malam boleh menyebabkan akar berada dalam keadaan basah terlalu lama, seterusnya meningkatkan risiko reput.

4. Kawal Jumlah Air Dengan Betul

Polibeg mempunyai ruang tanah yang terhad, jadi ia tidak memerlukan air dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Jika terlalu banyak air digunakan, beberapa masalah boleh berlaku seperti:

  • Putik buah mudah busuk akibat kelembapan berlebihan
  • Akar tidak dapat mengering dengan baik
  • Tanah menjadi terlalu padat dan kurang pengudaraan

Berbeza dengan tanaman di atas tanah, akar dalam polibeg tidak boleh menjalar jauh untuk mencari kawasan lebih kering, jadi kawalan air sangat penting.

Kesimpulan

Menanam sayur dalam polibeg memang praktikal dan sesuai untuk semua orang, terutama yang tinggal di kawasan terhad. Namun, kejayaan tanaman banyak bergantung kepada cara penjagaan yang betul.

Dengan menyiram pada waktu yang sesuai, mengawal jumlah air, dan memahami keperluan pokok, hasil tanaman akan menjadi lebih sihat, subur dan berkualiti.

Amalkan tip ini untuk memastikan kebun kecil anda sentiasa menghasilkan sayur segar yang memuaskan.

Continue Reading
Advertisement

Trending