Connect with us

Tips Dan Petua

Lepat Liat Tok Maneh 1960an Ini Resepi Orang Lama Memang Jatuh Cinta

Published

on

Lepat Liat Tok Maneh 1960an Ini Resepi Orang Lama Memang Jatuh Cinta

Lepat liat merupakan menu minum petang yang agak glamer ketika di kampung, dihidangkan bersama minuman kopi atau teh panas.

Namun tidak banyak kuih lepat liat ini dijual di kawasan bandar kerana mungkin ramai yang tidak mahir untuk membuat kuih ini dan agak leceh untuk mencari daun pisang untuk membalut lepat liat.

Resipi lama cara pembuatan pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh cinta.

RESIPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

Bahan-bahan:

  • 1 Kg tepung pulut
  • 3 cawan Gula merah
  • 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
  • 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

Cara-cara:

Campur gula merah, gula pasir, santan, garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.

Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.

Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

Siap!

NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.

Selamat mencuba.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending