Connect with us

Tips Dan Petua

Lantai Bilik Air Kotor Jadi Bersih Berkilat, Ikut Cara Ini Deep Cleaning Yang Betul

Published

on

Lantai Bilik Air Kotor Jadi Bersih Berkilat Ikut Cara Ini Deep Cleaning Yang Betul

Ramai saja kalangan kita yang membeli rumah secondhand. Harganya memang lebih murah berbanding kediaman yang baru dibangunkan tapi biasanya ia datang dengan pakej kerja pembersihan.

Bahagian paling mencabar selalunya bilik air atau tandas. Lantai kotor, dinding berkarat, memang jenuh nak menyental.

Bagi korang yang berdepan masalah begini boleh ikuti tutorial deep cleaning bilik air yang dikongsi oleh Hani Mynis ini.

Deep cleaning bilik air

The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu. Ha ha.

Tapi berita baiknya, dapatlah Hani buat tutorial utk uols macam mana utk buat deep cleaning bilik air ha!

Kecuali Zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci Hani beli dari Eco.

Tuang peluntur tak perlu bancuh

ARTIKEL LAIN : Tikar Getah Selalu Koyak Guna Bahan Ini Buat Lapik Lantai Baru Nampak Kemas

Tuang Clorox atau peluntur straight from bottle dia. Tak perlu bancuh dulu dgn air. Hati-hati masa guna Clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu.

Biarkan peluntur tu bertindak balas dgn kotoran sambil kita buat kerja lain. 10-30 minit pun ok. Dibiarkan semalam lagi bagus.

Bahan untuk bersihkan kotoran

  • Gunakan magic span dan juga pembersih kotoran jenis ini untuk hilangkan kesan watermark dan soap scum.

Sental kotoran dan tengoklah hasilnya

Cara bersihkan soap scum pulak

  • Sebelum tu kita kikis dulu kesan soap scum

Sental dengan magic span dan pencuci Zip

  • Lepas kikis sental kotoran dengan magic span dan Zip tadi. Gunakan kaedah sama untuk bersihkan soap scum yang ada kat dinding.

Siap bersih satu bilik air!

*Teknik cuci bilik air ni bukan untuk rumah secondhand saja, kalau kat rumah sendiri ada kotoran macam ni pun boleh praktik cara yang sama.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Tip Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Aircond Mudah & Murah. Tidur Malam Pun Sejuk

Sumber: Hani Mynis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending