Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Aircond Mudah & Murah. Tidur Malam Pun Sejuk

Published

on

Tip Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Aircond Mudah & Murah. Tidur Malam Pun Sejuk

Dalam keadaan cuaca yang panas seperti sekarang ini, kita disarankan duduk di dalam rumah saja. Tapi masalahnya dalam rumah pun panas berbahang. Tak senang duduk dibuatnya.

Memang boleh pasang aircond tapi takkanlah sepanjang masa, nanti menangis tengok bil elektrik.

Tapi ada saja kaedah mudah dan murah untuk sejukkan kediaman. Dikongsi oleh Sapiah Mamat beliau memasang aluminium buble foil di bahagian siling untuk mengurangkan bahang dalam rumah. Hasilnya kediaman yang sebelum ini memang hangat kerana tinggal berhampiran laut kini sejuk. Malah tidur malam pun menggigil sejuk katanya.

Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah SeIesaikan MasaIah Salur Air Tersumbat Dalam Bilik Mandi. Guna Satu AIat Ini Saja

Tak sia sia beli aluminium bubble foil kat Shopee. Segulung 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang. Rumah Kak Piah ni dekat dengan laut, rumah pulak jenis rumah teres berhimpit so takde banyak angin boleh masuk dalam rumah.

Tingkap pun tak banyak, depan ada satu dan tingkap dapur ada satu, jadi panasnya memang terasa berbahang. Seawal jam 9 pagi dah terasa. Kalau malam pulak, jangan citer lah, tidur pasang dua kipas pun masih berpeluh. Kalau mak datang duduk rumah, selalu ngeluh cakap panas…panas…

Tapi selepas siap pasang aluminium bubble foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond.

Keadaan siling selepas pasang aluminium bubble foil

Sebenarnya aluminium bubble foil ni paling sesuai diletakkan kat dalam siling. Sewaktu tukang pasang bumbung rumah, elok letak aluminium bubble foil tu dulu sebelum pasang siling rumah.

Sebelum pasang

Tapi oleh sebab rumah kak Piah ni dah siap, dah duduk “bersauna” berbelas tahun dah, jadi terpaksalah tampal dari dalam rumah. Kalau nak cantik, boleh tampal dengan wall paper pulak.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Kipas Siling Pusing Perlahan Ini Cara Mudah Lajukan Semula

Sumber: Sapiah Mamat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending