Connect with us

Tips Dan Petua

Guna Gam Ini Cara Mudah Buat Tutup Langsir Bawah Sinki Nampak Lebih Kemas

Published

on

Guna Gam Ini Cara Mudah Buat Tutup Langsir Bawah Sinki Nampak Lebih Kemas

Rasa tak seronok pula bila tengok bawah sinki atau table top dapur tu ‘teIanjang’ macam tu, kan? Nampak bersepah saja walaupun dah disusun semua barang elok-elok.

Apa kata cuba DIY sendiri langsir table top di rumah dengan tips yang dikongsikan oleh Syuki Cuki ini. Nampak kemas, praktikal dan yang penting jimat. Senang saja membuatnya tau.

Jom kita tengok cara-caranya di bawah.

Cara DIY Langsir Tabletop

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah DIY Pintu Bawah Table Top Dapur, Tak Perlu Guna Langsir. Lagi Kemas

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan / Peralatan Yang Diperlukan

  • Kain langsir
  • Velcro tape
  • Gam Dunlop

Langkah-langkah

1. Ukur

Mula-mula kena ukur dululah berapa ketinggian dan panjang table top tu. Sebelum pergi kedai nanti, pastikan dah ada ukuran.

Kalau nak buat jenis ropol-ropol, lebihkan sedikit panjang kain. Kalau nak buat yang jenis straight saja, barulah beli kain tu ngam-ngam ikut ukuran.

2. Beli Kain Langsir

Terpulanglah nak jenis kain macam mana untuk dibuat langsir. Ada yang minat kain jersi, kain cotton atau apa-apa jenis kain. Kalau nak nampak beralun, pilihlah kain yang lembut ya.

Kalau boleh jahit sendiri, jahitlah sendiri atau beli jenis siap dan DIY mana yang boleh. Ada juga nampak orang guna shower curtain dan potong ikut ukuran table top. Kalau tak, upahlah siapa-siapa yang boleh jahitkan.

3. Velcro Tape

Barang seterusnya yang kita nak guna ialah velcro tape. Bagi yang tak tahu mana nak dapat velcro tape ni, boleh cari dekat kedai barang jahitan, kedai barang pengantin, Nagoya atau yang sewaktu dengannya. Saya beli di Nagoya, harga untuk 1 meter baru RM2.50. Lebarnya tu ikutlah kesesuaian. Jangan ambil yang terlalu halus sebab takut tak kuat nak tampung berat kain langsirnya nanti.

Velcro tape ni ada 2 sides – sebelahnya kasar dan sebelah lagi lembut. Yang lembut tu jahitkan pada kain. Yang kasar untuk kita tampal dekat table top nanti.

4. Gam Dunlop

Gam ini kita gunakan untuk lekat velcro tape sebelah yang kasar tu pada table top. Insha Allah boleh menampung berat kain.

Gam Dunlop boleh dibeli di kedai hardware. Beli yang paling kecil sebab nak pakai sikit saja.

5. Tunggu Gam Kering

Bila dah lekatkan, tunggu kejap gam bagi betul-betul kering. Tekan-tekan sikit dengan benda berat supaya tape tu betul-betul kukuh.

Lepas tu dah bolehlah ambil kain langsir dan lekatkan pada table top.

Tadaa!

Memang praktikal kalau guna velcro tape berbanding jenis ring atau dawai. Selain nampak lebih kemas, nanti nak cuci pun mudah. Boleh tanggalkan dan terus masukkan dalam mesin basuh. Lepas tu boleh pasang balik dengan cepat dan senang.

Selamat mencuba!

Sumber : Syuki Cuki

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending