Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah DIY Pintu Bawah Table Top Dapur, Tak Perlu Guna Langsir. Lagi Kemas

Published

on

Cara Mudah DIY Pintu Bawah Table Top Dapur, Tak Perlu Guna Langsir. Lagi Kemas

Table top dapur tanpa kabinet di bawahnya memang akan kelihatan tak kemas dah dipenuhi dengan barang-barang. Sebab itu ramai yang akan letak langsir untuk menutupnya.

Tapi daripada buat langsir lebih baik buat terus pintu kabinet. Sebab ada cara mudah nak buat pintu ini. Tak perlu susah dril atau gergaji, cuma tampal guna gam saja. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Puan Ema ini.

DIY pintu bawah Table Top Dapur tanpa guna drill

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Hilangkan Kulat Pada Dinding, Punca Masalah Kesihatan Di Rumah

Table Top Dapur

Di sini saya share cara dan barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu ada yang nak cuba.

1. Ini keadaan dapur sebelum.

Table Top Dapur

2. Saya pasang wallpaper bahagian atas. Dekat bawah Table Top Dapur tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam saja.

3. Ini barang yang saya guna. Gam saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Gam kena tunggu satu hari baru kering dan kuat.

Table Top Dapur

4. Ini rail yang saya gunakan, untuk letak roda. Rail dengan roda beli di Shopee. (klik SINI untuk link). Roda muat -muat untuk plywood tebal 5mm.

5. Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper, ini bukan wallpaper biasa tampal pada dinding tu ya. Plywood saya order kat Shopee, ukur siap-siap dan minta seller potong ikut ukuran yang diberi.

6. Siap rail dan gam roller pada plywood bolehlah pasang bawah table top.

7. Letak pemegang pintu untuk mudah buka dan tutup (tampal saja). Inilah hasilnya.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Tip Lantai Rumah Berkilat & Wangi, Cuma Guna 5 Titis Cuka & Pelembut Pakaian

Sumber: Puan Ema

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending